• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 28, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Catat Positif Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan positif selepas merosot selama dua hari berikutan aktiviti pengambilan untung. 

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.49 mata kepada 1,545.98 daripada 1,545.49 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.86 mata kepada 1,546.35.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 227 berbanding 204 manakala 296 kaunter tidak berubah, 1,587 tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tempatan turut mendapat rangsangan daripada ekuiti Wall Street yang tinggi dalam persekitaran belian yang kukuh dalam saham teknologi selepas Nvidia melaporkan keputusan suku tahunan yang lebih kukuh daripada jangkaan, meningkatkan pasaran dan sektor teknologi.

Dow naik 1.2 peratus manakala Nasdaq melonjak hampir 3.0 peratus. Di Asia, indeks utama ditutup tinggi berikutan belian lewat. 

“Kami melihat aktiviti pengambilan untung baru-baru ini dalam pasaran tempatan sebagai pembetulan yang baik, membolehkan pasaran menerima aliran meningkat baru-baru ini dan menawarkan peluang untuk menambah saham pada paras yang rendah.

“Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan dalam julat 1,540-1,550 hari ini,” katanya.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi YTL dan YTL Power, masing-masing naik sembilan sen kepada RM2.24 dan RM3.87, selepas keuntungan bersih meningkat seperti yang dilaporkan semalam.

Petronas Gas meningkat 20 sen kepada RM18.18 dan CIMB naik satu sen kepada RM6.40.

Axiata, bagaimanapun, merosot lima sen kepada RM2.71 dan Petronas Chemicals berkurangan empat sen kepada RM7.06.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Minetech, masing-masing naik setengah sen kepada 2.0 sen dan 18 sen.

Powerwell dan Notion, masing-masing meningkat empat sen kepada 31 sen dan 49.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 2.33 mata kepada 11,509.65, Indeks FBMT 100 berkurangan 3.27 mata kepada 11,158.95, Indeks FBM Emas Shariah susut 16.23 mata kepada 11,586.38, Indeks FBM 70 turun 17.93 mata kepada 15,627.06 dan Indeks FBM ACE merosot 0.68 mata kepada 4,905.88.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 15.28 mata kepada 17,308.17, Indeks Tenaga merosot 2.34 mata kepada 931.89, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.13 mata kepada 178.40 manakala Indeks Perladangan naik 0.16 mata kepada 7,333.28.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCInvidia
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In