• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Pertama Kuala Lumpur Kepong Susut Kepada RM226.94 Juta

in Catalyst
A A
Firma Penyelidikan Positif Dengan KLK, IJM Corp Berikutan Niaga Janji Baharu

Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Keuntungan bersih Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) bagi suku pertama berakhir 31 Dis, 2023 (suku pertama tahun kewangan 2024) menyusut kepada RM226.94 juta berbanding RM443.04 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil pada suku pertamanya turut merosot kepada RM5.64 bilion daripada RM6.71 bilion sebelum itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata keuntungan sektor pembuatannya pada suku pertama menyusut dengan ketara sebanyak 90.1 peratus kepada RM25.3 juta daripada RM254.4 juta sebelumnya, manakala hasil merosot sebanyak 18.9 peratus kepada RM4.48 bilion daripada RM5.52 bilion setahun sebelum itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Penurunan keuntungan disebabkan kerugian yang ditanggung oleh bahagian oleokimia, yang terjejas akibat margin keuntungan yang berkurangan, dan sumbangan keuntungan yang lebih rendah daripada operasi penapisan dan pemprosesan isirung,” katanya.

KLK berkata pendapatannya dalam sektor perladangan melonjak 11 peratus kepada RM370.4 juta pada suku dalam tinjauan daripada RM333.56 juta pada suku yang sama tahun lepas, dipacu oleh jumlah jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit (PK) yang lebih tinggi, kos pengeluaran MSM yang lebih rendah dan keuntungan bersih RM1.0 juta daripada perubahan nilai saksama pada kontrak derivatif tertunggak.

“Bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi oleh harga jualan MSM dan PK yang lebih rendah sebanyak 7.1 peratus berbanding tahun sebelumnya dan kerugian nilai saksama RM9.5 juta atas penilaian tandan buah segar yang belum dituai,” katanya.

Mengenai prospek, kumpulan itu berkata kebimbangan mengenai pengeluaran sawit yang rendah pada suku hadapan dan stok semasa musim Ramadan yang terhad berkemungkinan mengekalkan harga melebihi RM3,800 satu tan.

“Kumpulan kekal fokus untuk meningkatkan hasil melalui pelaksanaan strategi khusus di tapak bagi mengatasi pengurangan hasil utama di kawasan tertentu,” katanya.

KLK berkata subsegmen oleokimia mencatatkan penurunan dengan kerugian kira-kira RM9.3 juta dalam persekitaran permintaan yang lembap, kadar faedah yang tinggi dan ketegangan geopolitik yang berterusan yang memberi kesan kepada perdagangan global.

Kumpulan itu berkata jumlah jualan pada suku dalam tinjauan meningkat sedikit dan menyaksikan permintaan yang lebih kukuh di Eropah dan Asia Tenggara bagi suku kedua tahun kewangan 2024.

Ia akan memberi tumpuan kepada operasi kilang yang kurang berprestasi dan mengoptimumkan kedua-dua penggunaan dan kos bagi meningkatkan keuntungan.

“Dengan jangkaan pemulihan dalam segmen pembuatan, kumpulan itu optimistik dengan berhati-hati terhadap prospek kewangannya untuk tahun kewangan 2024,” katanya.

— BERNAMA

Tags: isirungKeputusanKLKKuala Lumpur Kepongminyak sawit mentahsuku pertama tahun kewangan 2024
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In