• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Redtone Digital Raih Kontrak MyGovUC 3.0 Bernilai RM398.1 Juta

in Catalyst
A A
Unit Redtone Digital Raih Kontrak MyGovUC 3.0 Bernilai RM398.1 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Redtone Digital Bhd, Redtone Engineering & Network Services Sdn Bhd (Rens) telah diberikan kontrak MyGovUC 3.0 selama 60 bulan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan jumlah harga kontrak kira-kira RM398.1 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Redtone Digital berkata Rens telah menerima surat tawaran kontrak itu hari ini dengan tarikh bermula pada 1 Feb 2024.

“Kontrak itu merangkumi komunikasi bersatu kerajaan termasuk sistem mel elektronik, sistem kalendar, persidangan audio dan video, ruang sembang dan sembang, pengurusan direktori serta pengurusan perubahan termasuk latihan pengguna, sokongan perisian, pusat operasi keselamatan, pusat operasi rangkaian dan meja bantuan yang meliputi pengurusan keselamatan maklumat,” katanya.

Menurutnya kontrak ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama Redtone serta sebarang kesan material ke atas aset bersih, pendapatan dan pada paras hutang kumpulan bagi tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun 2024.

Bagaimanapun, katanya kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan Redtone.

“Melainkan untuk perniagaan biasa dan risiko ekonomi global, pengurusan Redtone tidak merasakan sebarang faktor risiko lain yang mungkin berlaku berikutan penyertaan Rens dalam kontrak itu.

“Tiada pengarah atau pemegang saham utama Redtone dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu,” katanya.

— BERNAMA

Tags: kontrakMyGovUC 3.0Redtone Digital
Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In