• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gamuda Land, Digital Nasional Bhd Bekerjasama Dorong Pelan Bandar Pintar

in Catalyst
A A
Gamuda Catat Keuntungan Bersih Tertinggi Sebanyak RM806 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Gamuda Land telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk memacu Pelan Bandar Pintar Gamuda dengan inovasi 5G.

Gamuda dan DNB dalam kenyataan bersama berkata kerjasama itu akan menyaksikan kedua-dua pihak komited untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti bagi memupuk kerjasama, pertukaran pengetahuan, meneroka potensi 5G dan pengembangan liputan perkhidmatan dan infrastruktur 5G di perbandaran Gamuda Land, iaitu Gamuda Cove @ Kuala Langat, Gamuda Gardens @ Sungai Buloh North dan twentyfive7 @ South of Kota Kemuning.

Kedua-dua pihak berkata MoU berkenaan menjadi platform kepada era inovasi, kerjasama dan kemajuan dalam pembangunan perbandaran, memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.

Ketua Pegawai Operasi Gamuda bagi operasi strategik Jess Teng berkata sebagai pemaju perbandaran, perancangan infrastruktur strategik adalah penting untuk memastikan kumpulan itu mengekalkan kesinambungan masa hadapan perbandarannya.

“Menyedari peranan penting teknologi 5G, perkongsian strategik kami dengan DNB menjadi pemangkin untuk merealisasikan visi bandar pintar kami. Kami bersama-sama bercita-cita untuk mencipta perbandaran yang saling berkait dan inovatif, memanfaatkan kuasa 5G untuk meningkatkan pengalaman hidup kepada penduduk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi DNB Datuk Ahmad Zaki Zahid berkata penerimagunaan 5G oleh orang ramai dan perusahaan di negara ini meraih momentum.

“Sehingga akhir Disember 2023, Malaysia telah mencatatkan 8.2 juta langganan perkhidmatan 5G, menyumbang kadar penerimagunaan sebanyak 24.7 peratus. Kami juga teruja  menyajksikan perusahaan telah mula meneroka potensi peluang daripada 5G.

“5G sebenarnya kunci kepada masa depan bandar pintar dan perbandaran. Kami berharap dapat menyokong aspirasi perbandaran pintar Gamuda Land,” katanya.

Gamuda Cove, yang digambarkan sebagai kawasan perlindungan alam sekitar dan bandar pintar, telah mencatat pencapaian penting dari segi kemampanan dengan pengiktirafan berlian di Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air dengan kerjasama Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation.

Kerjasama dengan DNB menandakan langkah seterusnya dalam merealisasikan visi bandar pintar.

— BERNAMA

Tags: Digital Nasional BhdDNBGamudaPelan Bandar Pintar
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In