• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan susut sedikit dalam persekitaran kurang memberangsangkan menjelang cuti hujung minggu yang panjang bersempena Tahun Baharu Cina.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.78 mata kepada 1,512.20 daripada 1,512.98 pada akhir dagangan semalam.

Indeks petunjuk utama itu dibuka turun 0.47 mata pada 1,512.51. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter rugi mendahului kaunter untung sebanyak 203 berbanding 163 manakala 264 kaunter tidak berubah, 1,630 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 286.85 juta unit bernilai RM129.0 juta.

Sementara itu, Malacca Securities dalam nota penyelidikannya pula menjangkakan sokongan minat belian akan ketara di pasaran tempatan pada minggu ini, sejajar dengan pemulihan pasaran saham dunia.

Malah, sebahagian besar sektor dijangka mendapat momentum dengan tumpuan terhadap usaha seperti pelaksanaan semula projek infrastruktur mega Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan pembangunan wilayah Johor yang sedang dijalankan.

“Selain itu, kami menjangkakan pengumuman solar berskala besar 5 (LSS5) akan memberi petunjuk positif untuk pemain kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) berkaitan tenaga itu di pasaran tempatan.

“Pada masa sama, kami juga menjangkakan segmen pengguna dan telekomunikasi yang terus bertahan, mungkin menerima impak daripada peningkatan pelaburan pusat data di Malaysia,” kata firma pembrokeran itu.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM10.80, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM6.20, CelcomDigi meningkat satu sen kepada RM4.20, Petronas Gas tidak berubah pada RM17.86, Maybank turun satu sen kepada RM9.30 manakala Public Bank dan CIMB turun dua sen masing-masing pada RM4.37 dan RM6.19.

Bagi saham aktif, AGX Group yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia naik tiga sen kepada 38 sen, Leform dan Widad menambah setengah sen kepada 16.5 sen dan 12 sen, Sarawak Conso2elidated meningkat dua sen kepada 35 sen, Tanco meraih dua sen kepada 56 sen, KNM sebaliknya tidak berubah pada 8.5 sen dan Reneuco menokok 2.5 sen kepada 5.5 sen.  

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas susut 10.66 mata kepada 11,224.31, Indeks FBMT 100 berkurangan 11.69 mata kepada 10,887.53, Indeks FBM 70 susut 41.34 mata kepada 15,119.19, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 10.25 mata kepada 11,258.43 dan Indeks FBM ACE turun 3.94 mata kepada 4,704.12. 

Mengikut sektor, Indeks Hartanah naik 0.29 mata kepada 907.93, Indeks Perladangan susut 1.37 mata kepada 7,172.97 dan Indeks Tenaga menambah 2.25 mata kepada 880.90.

Selain itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 17.36 mata kepada 16,943.95 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.36 mata kepada 172.14. 

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In