• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Mah Sing Bangunkan Sepang Business Park Dengan Anggaran GDV RM728 Juta

in Catalyst
A A
Mah Sing Capai Sasaran Lengkapkan Milikan Kosong Pada Suku Keempat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Mah Sing Group Bhd telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan 74.87 hektar (185 ekar) pembangunan industri utama di Sepang dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM728 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan hartanah itu berkata Fusion Heights Development Sdn Bhd, anak syarikat Mah Sing South Sea Industrial Development Sdn Bhd (MSSSID) akan membangunkan kawasan berkenaan yang akan dikenali sebagai Mah Sing Business Park.

Mah Sing memiliki 70 peratus MSSSID.

Kawasan seluas 74.87 hektar itu melibatkan bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus dengan baki 90 peratus daripada jumlah harga belian yang perlu dibayar tiga bulan selepas selesai syarat duluan.

Jumlah harga tanah itu ialah RM100.73 juta atau RM12.50 satu kaki persegi.

“Pemilik tanah, Premier Land Resources Sdn Bhd juga telah memberikan pilihan kepada Fusion Heights Development Sdn Bhd untuk membeli tambahan 152.42 hektar (376.65 ekar) pada harga RM12.50 sekaki persegi dalam tempoh empat tahun selepas memuktamadkan perjanjian jual beli,” kata kenyataan itu.

“Potensi GDV untuk keseluruhan 227.29 hektar (561.65 ekar) adalah sehingga RM2 bilion termasuk komponen pembangunan yang setanding,” kata kumpulan itu.

Premier Land Resources bercadang untuk mengambil 20 peratus kepentingan dalam Fusion Heights Development bersamaan dengan 500,002 saham biasa.

“Penyertaan pemilik tanah sebagai pemegang saham memberi kredibiliti dan keyakinan kepada kejayaan projek Mah Sing Business Park,” kata kenyataan itu.

“Struktur pelaburan berperingkat dengan pembelian awal seluas 74.87 hektar dengan pilihan untuk selebihnya tanah dalam tempoh empat tahun bersama-sama dengan kos tetap pendahuluan sebanyak RM12.50 kaki persegi untuk membantu mengurangkan risiko.”

Ia juga mewujudkan peluang pertumbuhan tanpa meletakkan tekanan yang berlebihan kepada lembaran imbangan dan kecairan, kata kenyataan itu.

Pembangunan ini terdiri daripada kilang, lot industri dan kluster untuk perniagaan industri sederhana dan ringan.

“Pembangunan itu disasarkan akan menarik minat penggiat daripada pembuatan berteknologi tinggi dan pembuatan nilai,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Business ParkMah SingMSSSIDSEPANG
Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In