• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia 2023 Meningkat Kepada RM252.38 Juta

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Ditutup Jumaat Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 meningkat 11.4 peratus kepada RM252.38 juta berbanding RM226.57 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Pendapatan pada tahun kewangan 2023 menokok kepada RM616.49 juta daripada RM603.25 juta.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata peningkatan keuntungan bersih itu disebabkan pertambahan 1.3 peratus dalam hasil operasi kepada RM592.8 juta daripada RM585.3 juta yang disaksikan semasa tahun kewangan 2022. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2023, Bursa Malaysia mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM59.55 juta berbanding RM49.00 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu, manakala hasil naik kepada RM156.68 juta daripada RM145 .70 juta.

Bursa Malaysia telah mengisytiharkan dividen akhir sebanyak 14.0 sen sesaham, berjumlah kira-kira RM113.3 juta, sebagai tambahan kepada dividen interim sebanyak 15.0 sen sesaham yang dibayar pada Ogos 2023.

“Ini menjadikan jumlah dividen kepada 29.0 sen sesaham, mewakili nisbah pembayaran sebanyak 93.0 peratus untuk tahun kewangan 2023,” katanya. 

Bursa Malaysia berkata pasaran sekuriti mencatatkan hasil dagangan sebanyak RM266.6 juta pada tahun kewangan 2023 berbanding RM263.5 juta pada tahun kewangan 2022, kenaikan 1.2 peratus, disebabkan nilai purata harian (ADV) yang lebih tinggi yang didagangkan untuk dagangan dalam pasaran ( OMT) dan perdagangan perniagaan langsung (DBT).

“Dalam pasaran derivatif, hasil dagangan turun 7.8 peratus kepada RM89.6 juta daripada RM97.2 juta pada tahun kewangan 2022 disebabkan oleh yuran pengurusan cagaran yang lebih rendah yang diperoleh dan kontrak Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah (FCPO) yang agak kurang didagangkan pada tahun kewangan 2023,” katanya lagi.

Bagi Pasaran Islam, Bursa Malaysia berkata hasil dagangan Bursa Suq Al-Sila (BSAS) melonjak 3.9 peratus kepada RM17.1 juta pada tahun kewangan 2023, naik daripada RM16.4 juta pada tahun kewangan 2022, manakala hasil bukan dagangan daripada data perniagaan menyaksikan pertambahan ketara kepada RM68.0 juta pada tahun kewangan 2023 berbanding RM60.8 juta sebelumnya. 

“Ini disokong oleh perolehan dalam data pasaran sekuriti serta derivatif yang lebih tinggi hasil daripada semakan dalam yuran pada awal suku kedua 2023 serta angka pelanggan yang lebih tinggi pada tahun kewangan 2023,” katanya.

Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata pasaran sedang pesat membangun serta ekonomi membangun telah mengatasi ekonomi maju walaupun menghadapi prospek yang mencabar dan ekonomi Malaysia, khususnya, kekal berdaya tahan pada 2023, dengan unjuran kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) hampir 4.0 peratus.

“Dari segi prestasi pasaran modal, FBM KLCI muncul sebagai prestasi kedua terbaik Asean, dengan peningkatan sebanyak 5.7 peratus pada separuh kedua 2023 dan menutup tahun pada 1,454.7 mata, lantunan yang sihat daripada 1,376.7 mata yang dicatatkan semasa separuh pertama 2023,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift berkata bursa itu telah mengumpul RM3.6 bilion daripada penyenaraian baharu pada tahun kewangan 2023 berbanding RM3.5 bilion sebelumnya, menjadikan permodalan pasaran tawaran awam permulaan (IPO) kepada RM13.6 bilion, mengatasi jumlah tahun sebelum ini sebanyak RM11.2 bilion.

“Perkembangan ini menyerlahkan keupayaan pasaran untuk menyesuaikan diri serta berkembang maju, mengukuhkan peranan bursa sebagai platform berdaya maju bagi mengumpul dana dan keperluan pelaburan,” katanya. 

Muhamad Umar menambah aktiviti perdagangan akan terus dipengaruhi oleh perkembangan global serta tempatan yang berterusan, dan komitmen Bursa Malaysia adalah untuk memberi tumpuan kepada mempelbagaikan pengumpulan dana dan peluang perdagangan bagi pihak berkepentingan yang dihargai sebagai pertukaran pelbagai aset.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiakeputusan kewangan
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In