• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

GDB Raih Projek Pembinaan Hospital Di Bukit Jalil Bernilai RM306 Juta

in Catalyst
A A
GDB Raih Kontrak RM247 Juta Bina Hab Logistik Di Klang
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Firma perkhidmatan pembinaan GDB Holdings Bhd (GDB), melalui anak syarikat milik penuhnya Grand Dynamic Builders Sdn Bhd, berjaya meraih projek pembinaan hospital swasta di Bukit Jalil bernilai RM306 juta daripada KL International Hospital Sdn Bhd. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, GDB berkata KL International Hospital Sdn Bhd ialah anak syarikat KL Wellness City Sdn Bhd.

“Kontrak yang diperoleh itu termasuklah kerja-kerja pelaksanaan, prestasi, reka bentuk (jika bersesuaian), pembinaan, penyiapan, pentauliahan mesin dan peralatan, dan penyelenggaraan (jika bersesuaian) untuk bangunan hospital swasta yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

GDB berkata pembinaan itu akan bermula pada 16 Mac, 2024 dan akan dilaksanakan selama 25 bulan.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Cheah Ham Cheia berkata hospital baharu itu akan menjadi penting kepada KL Wellness City dan bersedia untuk menjadi hab bertaraf dunia bagi kedua-dua perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan domestik serta antarabangsa, menampilkan pusat kecemerlangan merentasi pelbagai bidang, termasuk kardiologi, kesihatan tulang belakang, kesihatan neuro, perubatan sukan, pembedahan kosmetik dan kesuburan.

“Kontrak ini menandakan satu peristiwa yang signifikan kepada kami memandangkan kami membina hospital paling canggih dan pada masa yang sama meningkatkan rekod prestasi kami,” katanya.

GDB berkata projek itu akan dibiayai daripada dana secara dalaman atau pinjaman bank, atau kedua-duanya sekali.

Dengan kejayaan meraih kontrak itu, perolehan nilai kontrak semasa GDB berjumlah RM475 juta, meningkat daripada RM169 juta pada 30 Sept, 2023.​​

— BERNAMA

Tags: Cheah Ham Cheia.GDB Holdings BhdGrand Dynamic BuildersKL International HospitalKL Wellness City
Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In