• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Rabu selepas ditutup rendah semalam, didorong belian sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan sedikit sentimen lemah dalam pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.31 mata kepada 1,514.06 daripada 1,512.75 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks barometer dibuka 0.15 mata lebih rendah kepada 1,512.60.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 216 berbanding 192, manakala 289 kaunter tidak berubah, 1,565 kaunter tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 427.43 juta unit bernilai RM131.76 juta.

Menurut Malacca Securities pihaknya menjangkakan aktiviti pengambilan untung berterusan di pasaran tempatan hari ini dengan perkembangan berkaitan Evergrande.

Keseluruhan pasaran mungkin mengalami tidak banyak perubahan dengan FBM Small Cap rendah buat masa ini, tambahnya.

Firma pembrokeran itu menambah di pasaran komoditi, minyak mentah Brent didagangkan lebih kukuh melebihi US$82 setong selepas AS mencatatkan data pekerjaan kukuh, menunjukkan aktiviti ekonomi AS terus berkembang, ditambah dengan ketegangan Timur Tengah yang berterusan.

“Oleh itu, kami yakin sektor minyak dan gas mungkin mengekalkan momentum meningkatnya.

“Selain itu, akan ada lonjakan minat dagangan terhadap kalangan peserta kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) solar susulan pengumuman mengenai Solar Skala Besar 5 (LSS5) baru-baru ini,” jelasnya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut 2.0 sen kepada RM9.22, Petronas Chemicals turun 1.0 sen kepada RM6.82 manakala Public Bank, CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing naik 2.0 sen kepada RM4.42, RM6.24 dan RM10.50.

Bagi saham aktif, TWL Holdings tidak berubah pada 4.0 sen, Sapura Energy susut setengah sen kepada 4.5 sen, Reneuco turun 4.5 sen kepada 11 sen manakala PUC meningkat 1.0 sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 7.14 mata kepada 11,263.98, Indeks FBMT 100 meningkat 5.77 mata kepada 10,922.63 manakala Indeks FBM 70 susut 6.93 mata kepada 15,257.81.

Indeks FBM Emas Syariah menokok 12.27 mata kepada 11,293.12 dan Indeks FBM ACE menambah 12.13 mata kepada 4,797.43.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah susut 1.48 mata kepada 924.61, Indeks Perladangan meningkat 34.59 mata kepada 7,242.96 dan Indeks Tenaga naik 6.84 mata kepada 886.02.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 13.63 mata kepada 16,964.30 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.02 mata kepada 174.04.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In