• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan meneruskan momentum aliran peningkatannya, disokong oleh belian saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen positif di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.75 mata kepada 1,517.14 daripada 1,515.39 di akhir dagangan semalam.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 2.36 mata pada 1,517.75.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi iaitu 216 berbanding 213 manakala 314 kaunter tidak berubah; 1,515 tidak diniagakan dan 73 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 370.40 juta unit bernilai RM209.18 juta.

Sementara itu, Malacca Securities dalam nota penyelidikannya hari ini berkata FBM KLCI ditutup melepasi paras psikologi 1,500 semalam, didorong oleh harga tinggi, sekali gus meneruskan momentumnya untuk sesi keenam berturut-turut yang didahului oleh saham wajaran tinggi perbankan.

“Selain itu, pasaran saham Amerika Syarikat (AS) juga kian kukuh menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu (pada hari ini dan esok) serta pelaporan pendapatan oleh syarikat gergasi teknologi pada minggu ini.

“Kami percaya susulan keputusan mahkamah Hong Kong yang mengarahkan pembubaran Evergrande Group China, ini sebaliknya boleh menyebabkan sentimen menyeluruh menjadi negatif sekurang-kurangnya bagi masa terdekat dan berlakunya aktiviti pengambilan untung di peringkat tempatan,” katanya.

Saham wajaran tinggi seperti Maybank naik 1.0 sen kepada RM9.24, Public Bank dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM4.41 dan RM6.22 manakala Tenaga Nasional turun 2.0 sen kepada RM10.48 dan IHH Healthcare susut 5.0 sen kepada RM6.10.

Bagi saham aktif, HE Group yang pertama kali disenaraikan di Pasaran ACE menambah 12.5 sen kepada 40.5 sen manakala YNH Property susut 12.5 sen kepada 40.5 sen, Widad Group turun setengah sen kepada 15 sen dan TWL Holdings tidak berubah pada 4.0 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 4.85 mata pada 11,286.03; Indeks FBMT 100 meraih 6.21 mata kepada 10,942.18; Indeks FBM 70 berkurangan 17.68 mata kepada 15,273.84; Indeks FBM Emas Shariah turun 4.82 mata kepada 11,326.61 dan Indeks FBM ACE menguncup 16.80 mata kepada 4,802.38.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Hartanah naik 1.79 mata kepada 930.69; Indeks Perladangan susut 20.49 mata kepada 7,242.11 dan Indeks Tenaga turun 1.32 mata kepada 882.24.

Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 7.59 mata kepada 16,950.17 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.08 mata kepada 174.8.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIFOMCMalacca Securities
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In