• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Master Tec Mulakan Dagangan Sulung Di Pasaran ACE Sama Seperti Harga IPO Pada 39 Sen

in Saham
A A
10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Master Tec Group Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Pengeluar wayar dan kabel Master Tec Group Bhd memulakan dagangan sulungnya tidak berubah di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini sama seperti harga tawaran awam permulaannya (IPO) pada 39 sen sesaham.

Kumpulan itu menyasar mengumpul RM61.66 juta daripada IPO, dengan RM24.39 juta atau 39.55 peratus daripada hasil diperuntukkan untuk membeli jentera dan peralatan baharu dan RM16.78 juta atau 27.22 peratus bagi pembinaan dua loji pembuatan kabel kuasa voltan sederhana (MV) baharu di Alor Gajah, Melaka.

Sementara itu, sebanyak RM16.29 juta atau 26.42 peratus diperuntukkan untuk modal kerja am dan baki RM4.2 juta atau 6.81 peratus bagi perbelanjaan penyenaraian.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Ketua pegawai eksekutifnya Tee Kok Hwa berkata syarikat itu menyasar untuk memasarkan kabel kuasa MV baharunya terutamanya kepada industri pembuatan berintensifkan modal.

“Ini termasuk kilang automotif, kilang memasang siap semikonduktor, loji kimia, pusat data, kemudahan stesen mengecas kenderaan elektrik, kemudahan tenaga boleh diperbaharui dan kilang pembuatan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian, hari ini.

Tee berkata, pelan pengembangan kumpulan itu telah dimulakan sejak tahun lepas dan dijangka selesai pada suku keempat tahun ini.

Master Tec mencatatkan keuntungan bersih RM5.78 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 dan sebanyak RM19.41 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept 2023, disumbang terutamanya daripada jualan wayar dan kabel berteras aluminium.

Selepas penyenaraian, kumpulan itu menyasar untuk mengagihkan 30 peratus daripada keuntungan selepas cukai diaudit tahunannya kepada pemegang saham sebagai dividen, bergantung kepada prestasi perniagaan dan keperluan aliran tunai kumpulan setiap tahun.

SJ Securities Sdn Bhd merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen tawaran saham bagi IPO tersebut. 

Pada tengah hari, saham Master Tec susut setengah sen kepada 38.5 sen dengan 90.45 juta saham diniagakan.

— BERNAMA

Tags: IPOkilang pembuatanMaster Tecpasaran ACEpengeluar kabelTee Kok Hwa
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In