• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Penampilan Pertama KJTS Di Pasaran ACE Raih Premium 75.9 Peratus

in Saham
A A
Penampilan Pertama KJTS Di Pasaran ACE Raih Premium 75.9 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Penyedia perkhidmatan sokongan bangunan, KJTS Group Bhd (KJTS) mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan mencatat premium 75.9 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 27 sen.

Pada 9.05 pagi, kaunter itu diniagakan pada 47.5 sen dengan sejumlah 49.4 juta saham saling berpindah tangan.

Pengarah Urusannya, Lee Kok Choon berkata syarikat itu menyasarkan pertumbuhan dua angka pada tahun ini, dipacu oleh peningkatan permintaaan terhadap perkhidmatan pengurusan tenaga susulan kenaikan harga tenaga serta kesedaran mengenai amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Kami juga menjangkakan masa depan sektor semikonduktor dan pusat data akan terus kukuh.

“Pada masa sama, perkhidmatan kami turut meliputi skop lebih tinggi yang membabitkan pelbagai industri,” katanya pada sidang media secara maya selepas majlis penyenaraian syarikat itu di sini, hari ini.

Bersandarkan kepakarannya dalam pengurusan, syarikat pembersihan dan pengurusan kemudahan tenaga penyejukan, keupayaan kejuruteraan dalaman dan komitmennya terhadap kelestarian, terbukti penting dalam penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi selain menyumbang ke atas sasaran ESG pelanggannya, termasuk dalam mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

Mengulas selanjutnya, Lee berkata KJTS juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat pusat data untuk menjalin kerjasama susulan peningkatan permintaan yang turut memacu pertumbuhan pasaran di serata Asia Tenggara.

“Sudah pasti kami akan membincangkan perkara ini dan akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut,” katanya.

Hasil IPO yang dikumpulkan bernilai RM58.9 juta itu menyaksikan sejumlah RM44.9 juta dimanfaatkan bagi tujuan memperluas perniagaan, termasuk RM40.4 juta untuk segmen tenaga penyejukan dan RM4.5 juta bagi pengembangan pejabat di Malaysia, Thailand serta Singapura.

Baki RM8.1 juta pula disalurkan untuk tujuan modal kerja manakala RM5.8 juta bagi membiayai perbelanjaan penyenaraian.

— BERNAMA

Tags: disenaraiKJTSLee Kok Choonpasaran ACEpertumbuhan
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In