• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TNB Kembang Perniagaan Selenggara Loji Jana Kuasa Ke Kuwait

in Catalyst
A A
TNB Kuasai Pegangan Majoriti Dalam Syarikat Solar Terbesar Di UK

Sumber Gambar : TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB), menerusi anak syarikatnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco) mengembangkan perniagaan penyelenggaraan loji jana kuasa di Kuwait dengan perjanjian program penyelenggaraan berbilang tahun untuk Loji Jana kuasa dan Penyulingan Air Shuaiba Utara di Al Ahmadi, Kuwait.

Dalam satu kenyataan hari ini, TNB berkata TNB Remaco telah membentuk satu usaha sama (JV) dengan Al Dhow Engineering yang berpangkalan di Kuwait dan turut menjalin kerjasama strategik dengan General Electric Global Services (GE Vernova).

Syarikat utiliti itu berkata syarikat JV TNB Remaco-Al Dhow itu telah menganugerahkan kontrak perjanjian perkhidmatan jangka panjang kepada GE Vernova untuk menyediakan kerja-kerja penyelenggaraan turbin gas di loji itu, yang dimiliki Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Baharu (MEWRE) Kuwait.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

TNB berkata perjanjian itu adalah sebahagian daripada usaha lebih luas kementerian itu untuk memodenkan infrastruktur penjanaan tenaga di Kuwait, menyumbang kepada usaha global bagi peralihan tenaga mampan.

Pengerusi TNB Remaco Muhammad Nazri Pazil berkata kerjasama strategik ini sejajar dengan komitmen TNB untuk menjadi peneraju dalam kemajuan landskap tenaga global.

“Kedua-dua rakan kongsi ini mempunyai kekuatan dan kepakaran masing-masing yang akan memastikan kebolehpercayaan infrastruktur tenaga Kuwait dan menyumbang kepada matlamat lebih luas dalam peralihan tenaga dan kelestarian.

“Gabungan perkhidmatan usaha sama TNB Remaco – Al Dhow dan GE dengan keupayaan digital mereka akan membantu menyokong penyelenggaraan dan prestasi jangka panjang untuk Loji Jana kuasa dan Penyulingan Air Shuaiba Utara serta memastikan loji jana kuasa itu beroperasi pada tahap kebolehpercayaan yang tertinggi,” katanya.

TNB berkata di bawah kontrak lima tahun itu, rakan usaha sama akan menyediakan penyelenggaraan menyeluruh terancang dan tidak terancang untuk turbin gas dan alat bantunya di loji berkapasiti 876 MW tersebut.

Muhammad Nazri berkata TNB Remaco mempunyai empat lagi projek perkhidmatan penyelenggaraan di pelbagai loji jana kuasa di Kuwait.

“Kuwait adalah satu daripada pasaran antarabangsa terbesar kami di samping operasi antarabangsa lain termasuk Arab Saudi, Pakistan, Kemboja dan Vietnam,” katanya.

Beliau berkata kerjasama itu bukan sahaja akan meningkatkan infrastruktur tenaga Kuwait tetapi juga menetapkan standard untuk amalan mampan di peringkat global.

— BERNAMA

Tags: KuwaitMuhammad Nazri PazilTNBTNB Remacoturbin
Share237ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In