• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, June 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Keseluruhannya Dibuka Tinggi, Didorong Sentimen Pasaran Positif

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi pada Isnin apabila pelabur mengambil petunjuk prestasi positif dari Wall Street pada Jumaat lepas.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.86 mata kepada 1,4789.23 daripada 1,486.37 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks barometer itu dibuka 0.98 mata lebih tinggi kepada 1,487.35.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Keseluruhan pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 236 berbanding 115, manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,681 kaunter tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 223.65 juta unit bernilai RM107.03 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat apabila pelabur memilih untuk menumpukan perkara positif — pasaran buruh yang kukuh dan ekonomi memberangsangkan — mengabaikan yang sebenarnya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mungkin memanjangkan persekitaran kadar faedah tinggi semasa.

Beliau berkata di peringkat tempatan, FBM KLCI meningkat semula pada Jumaat, susulan pembetulan daripada paras 1,500 minggu sebelumnya.

“Bagi hari ini, kami percaya indeks akan berlegar dalam julat 1,485 hingga 1,495.

“Saham perladangan mungkin menjadi tumpuan hari ini memandangkan minyak sawit mentah meningkat kukuh kepada hampir RM4,000 satu tan susulan permintaan dari China untuk sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank naik satu sen kepada RM4.36, CelcomDigi menambah tiga sen kepada RM4.23 namun IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM5.97.

Maybank, CIMB, Tenaga, dan Petronas Chemicals masing-masing mendatar pada RM9.03, RM6.01, RM10.44 dan RM6.78.

Antara saham aktif, Widad menokok 1.5 sen kepada 12.5 sen, Sarawak Consolidated dan Artroniq masing-masing menokok dua sen kepada 31 sen dan 30.5 sen mankala Leform tidak berubah pada 16 sen.

YNH Property, yang mencecah had turun pada Selasa minggu lepas, terus merosot kepada 59 sen selepas susut 26.5 sen atau 30.99 peratus pagi ini dengan sebanyak 62.05 juta saham bertukar tangan.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 26.25 mata kepada 11,091.41, Indeks FBM 70 menokok 39.52 mata kepada 15,080.91, Indeks FBMT 100 menambah 22.54 mata kepada 10,756.83, Indeks FBM Emas Syariah naik 22.26 mata kepada 11,192.93, dan Indeks FBM ACE meningkat 12.52 mata kepada 4,802.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 12.77 mata kepada 16,626.29, Indeks Hartanah naik 4.99 mata kepada 895.96, Indeks Perladangan turun 1.67 mata kepada 7,164.76, Indeks Tenaga menambah 2.61 mata kepada 845.93 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.52 mata kepada 173.44.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In