• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Betamek Terus Beroperasi Walaupun SPRM Panggil Pengarah Urusan Mirzan Mahathir

in Saham
A A
Betamek Terus Beroperasi Walaupun SPRM Panggil Pengarah Urusan Mirzan Mahathir
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) — Betamek Bhd meneruskan operasi perniagaannya seperti biasa walaupun Pengarah Urusannya Mirzan Mahathir, dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi membantu satu siasatan.

“Kami mahu mengumumkan bahawa siasatan terbabit tiada kaitan dengan Betamek. Berikutan itu, Betamek beroperasi seperti biasa tanpa menjejaskan pengeluaran dan penyampaian produk Betamek kepada para pelanggan kami,” kata syarikat itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Betamek menyediakan penyelesaian perkhidmatan pengeluaran elektronik kepada pengeluar automotif.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Mengikut laporan tahunan syarikat itu bagi 2023, Mirzan adalah pemegang saham utama Betamek dengan 72.03 peratus kepentingan menerusi pegangan saham langsungnya dalam Iskandar Holdings Sdn Bhd.

Dalam kenyataan semalam, SPRM berkata pihaknya telah menyerahkan satu perintah notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 kepada Mirzan dan mengkehendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih dalam pegangannya.

Aset-aset berkenaan sama ada di dalam atau luar negara, perlu diisytiharkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis dikeluarkan, kata suruhanjaya itu.

— BERNAMA

Tags: BetamekMirzan MahathirSPRM
Share253ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In