• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

P.A. Resources Peroleh Lanjutan Kontrak Pembekalan Bernilai Sehingga RM1.08 Bilion

in Saham
A A
P.A. Resources Peroleh Lanjutan Kontrak Pembekalan Bernilai Sehingga RM1.08 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Anak syarikat milik penuh P.A. Resources Bhd, P.A. Extrusion (M) Sdn Bhd telah diberikan lanjutan perjanjian pembekalan daripada First Solar Inc, First Solar Malaysia Sdn Bhd dan First Solar Vietnam Manufacturing Co Ltd untuk membekalkan barangan bagi modul pengeluaran fotovoltan (PV).

Menurut syarikat pembekal aluminium itu, jumlah nilai kontrak untuk perjanjian ini bernilai sehingga RM1.08 bilion, yang bersamaan dengan US$231.90 juta, untuk tempoh kontrak dari 2 Jan 2024 hingga 1 Julai 2025.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Tan Sri Chan Kong Choy berkata ini adalah kontrak lanjutan keempat yang diterima daripada First Solar, dengan nilai kontrak melebihi RM1 bilion, nilai kontrak terbesar setakat ini. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Ini menunjukkan kepercayaan First Solar terhadap kami, yang diasaskan kepada keupayaan kami untuk mengeluarkan produk yang mematuhi piawaian mereka yang ketat,” katanya dalam kenyataan.

Chan berkata kontrak ini akan menawarkan pertumbuhan kewangan yang stabil kepada P.A. Resources pada masa depan berdasarkan permintaan terhadap tenaga solar yang semakin meningkat di peringkat global. 

P.A. Extrusion menandatangani perjanjian pembekalan yang pertama dengan kumpulan First Solar pada 24 Jan 2018, untuk tempoh tiga tahun dan nilai kontrak kira-kira RM600 juta.

— BERNAMA

Tags: First Solar IncPA Resources
Share262ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In