• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal, Jejak Kelemahan Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan lebih rendah, menjejaki kelemahan semalaman Wall Street dalam ketidaktentuan berkaitan hala tuju kadar faedah utama Amerika Syarikat (AS) serta momentum hasil Perbendaharaan negara maju itu yang terus meningkat.

Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.02 mata kepada 1,489.19 berbanding paras 1,491.21 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 2.72 mata kepada 1,488.49.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 179 berbanding 102 manakala 236 kaunter lain tidak berubah, 1,735 tidak diniagakan dan 16 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 262.19 juta unit bernilai RM89.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah susulan pengukuhan ketara data jualan runcit bagi Disember yang menunjukkan ekonomi berdaya tahan, sekali gus melenyapkan harapan melihat penurunan kadar faedah dalam masa terdekat ini.

Selain itu, katanya, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS menokok 4.106 peratus susulan Purata Perindustrian Dow Jones dan Nasdaq yang masing-masing susut 94 mata dan 89 mata.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng susut 590 mata ke paras lebih rendah sejak November 2022 susulan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi suku kedua 2023 China yang lebih rendah daripada jangkaan ramai dan diburukkan lagi dengan penurunan harga hartanah.

Di pasaran tempatan, FBM KLCI suram dalam keadaan penurunan pasaran serantau yang ketara.

“Bagaimanapun, indeks penanda aras tempatan dapat mengatasi paras terendah harian berikutan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat 1,490 hingga1,500 susulan kecenderungan penurunan membabitkan kebimbangan keadaan semasa China serta data ekonomi AS.

“Penyusutan mendadak baru-baru ini yang membabitkan saham-saham bermodal kecil juga mungkin menjejaskan penyertaan runcit dalam jangka pendek,” katanya kepada BERNAMA.

Sementara itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank susut dua sen kepada RM9.03, Public Bank turun satu sen kepada RM4.34, CIMB berkurangan enam sen kepada RM5.97, Tenaga Nasional rugi 12 sen kepada 10.32 manakala Petronas Chemicals meraih tiga sen pada RM6.79.

Bagi saham aktif, Artroniq turun 28.5 sen kepada 21 sen, Mercury Securities rugi 6.5 sen kepada 39 sen, Minetech Resources naik setengah sen kepada 17.5 sen, Pastech International menokok 1.5 sen kepada 31.5 sen manakala Leform tidak berubah pada 17.5 sen.

Di papan indeks pula menyaksikan Indeks FBM Emas berkurangan 16.63 mata kepada 11,086.18, Indeks FBM 70 turun 26.6 mata kepada 15,017.16, Indeks FBMT 100 kehilangan 15.72 mata kepada 10,745.07 dan Indeks FBM Emas Shariah menguncup 12.83 mata kepada 11,178.23 manakala Indeks FBM ACE turun 52.10 mata kepada 4,995.67.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 28.30 mata kepada 16,606.83 manakala Indeks Hartanah susut 1.92 mata kepada 886.44.

Indeks Perladangan meraih 1.02 mata kepada 7,173.59, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.44 mata pada 173.80 manakala Indeks Tenaga melonjak 1.71 mata kepada 851.64.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten Tradesesi awal
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In