• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kumpulan TDM Labur RM29.1 Juta Bina Dua Hospital Baharu Tahun Ini

in Catalyst
A A
Kumpulan TDM Labur RM29.1 Juta Bina Dua Hospital Baharu Tahun Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA TERENGGANU, 17 Jan (Bernama) — Kumpulan TDM Bhd (TDM) melabur sebanyak RM29.1 juta bagi pembinaan dua buah hospital masing-masing di Terengganu dan Selangor, tahun ini.

Pengarah Eksekutif TDM Najman Kamaruddin berkata dua hospital berkenaan adalah Kumpulan Medic Iman (KMI) Chukai di Kemaman dan Hospital Razif di Klang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Beliau berkata pelaburan itu bertujuan meningkatkan lagi pendapatan syarikat dalam bidang penjagaan kesihatan yang ketika ini menyumbang lebih 50 peratus kepada keuntungan TDM.

“Pelaburan sebanyak RM14.1 juta diperuntukkan untuk pembinaan hospital baharu KMI Chukai di Kemaman yang mempunyai kapasiti 100 katil manakala Hospital Razif pula melibatkan pelaburan sebanyak RM15 juta bagi proses pengambilalihan.

“Kedua-dua hospital ini diuruskan oleh Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) yang menumpukan penjagaan kesihatan dan mempamerkan prestasi memberangsangkan beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian bayaran perkongsian sebanyak RM2.9 juta kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) yang juga sebahagian daripada perjanjian keuntungan usaha sama syarikat bagi 2022, di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Najman berkata TDM juga merancang untuk membina lebih banyak rangkaian hospital KMI di Pantai Timur dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menampung peningkatan permintaan  perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.

“Setakat ini terdapat lima buah hospital di bawah rangkaian KMI Healthcare iaitu KMI Kuala Terengganu Medical Centre, Kuala Terengganu; KMI Kuantan Medical Centre, Pahang; KMI Kelana Jaya Medical Centre, Selangor; KMI Taman Desa Medical Centre, Kuala Lumpur dan KMI Tawau Medical Centre, Sabah.

“Kita belum ada cawangan di Kelantan dan merancang untuk mewujudkan Jajaran Pantai Timur dalam tempoh lima tahun lagi untuk memenuhi permintaan pelanggan serta terus bersaing dalam sektor penjagaan kesihatan di Malaysia,” katanya.

Selain penjagaan kesihatan, TDM juga menumpukan bidang perladangan yang merupakan sektor tumpuan kedua syarikat itu.

“TDM akan terus menumpukan peningkatan jualan Minyak Sawit Mampan Yang Diperakui dan Isirung Sawit Mampan Yang Diperakui bagi memanfaatkan kadar premiumnya yang tinggi.

“Pada 2022 sektor perladangan menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat, namun harga sawit yang rendah pada tahun lepas telah menyebabkan pendapatan sektor perladangan berkurangan berbanding (segmen) penjagaan kesihatan,” katanya.           — BERNAMA

Tags: ChukaihospitalHospital RazifKMI HealthcareTDM Bhd
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In