KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia menggantung jualan singkat saham Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) di bawah jualan singkat harian (IDSS) untuk sepanjang hari selepas saham itu jatuh lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semasa sesi dagangan pagi hari ini, bursa itu berkata jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, Rabu, pada 8.30 pagi.
Saham SCIB turun 23 sen kepada 96 sen sesaham pada sesi tengah hari, dengan 165.64 juta saham bertukar tangan.
Syarikat tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia itu merupakan pengeluar konkrit pratuang dan produk sistem binaan perindustrian dengan memiliki tiga kilang di Kuching, Sarawak.
— BERNAMA




