• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Sunview Meterai Perjanjian Bangunkan Kemudahan Solar Di Kemboja

in Catalyst
A A
Sunview Catat Kemunculan Pertama Kukuh Di Pasaran Ace, Catat Harga 59.5 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

PETALING JAYA, 15 Jan (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Sunview Group Bhd, Fabulous Sunview Sdn Bhd memeterai perjanjian perikatan perniagaan strategik dengan beberapa syarikat untuk membangunkan kemudahan solar di Kemboja.

Matlamat perjanjian itu terutamanya adalah bagi meneroka peluang perniagaan berkaitan cadangan projek tenaga boleh baharu (RE) dan tenaga hijau di negara itu, kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunview Ong Hang Ping. 

“Sunview secara eksklusif akan bertanggungjawab terhadap tugas berkaitan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) projek itu,” katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian tersebut di sini hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Majlis pemeteraian perjanjian itu disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Pengarah Sirage Capital Sdn Bhd merangkap Presiden Dewan Perniagan dan Industri ASEAN Datuk Sohaimi Shahadan.

Sementara itu, Gabenor Cheam Chansophorn mewakili rakan perniagaan strategik Kemboja.

Fabulous Sunview memiliki pegangan majoriti dalam Sirage Energy Sdn Bhd, manakala Sirage Capital memegang baki pegangan saham dalam unit itu.

Ong dalam pada itu berkata kerjasama strategik itu memperkasakan syarikat untuk memperluaskan jangkauan geografi syarikat melangkaui pasaran tempatan. 

Ia turut mengukuhkan kedudukan syarikat itu dengan ketara dalam industri serta membuktikan komitmen syarikat terhadap penyelesaian tenaga mampan, katanya.

Beliau berkata kerjasama itu juga menunjukkan dedikasi syarikat dalam memajukan kehidupan mampan yang memerlukan usaha kolektif daripada semua, bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata.

“Satu perjanjian tanpa pendedahan juga telah dimeterai dengan pihak gabenor bagi mempercepatkan keseluruhan proses (untuk mengenal pasti rakan kongsi Kemboja yang berpotensi dan lokasi ladang solar)”, katanya.

Ong berkata kumpulan itu optimis bahawa kerjasama itu akan membuahkan hasil yang bermakna, sekali gus menyumbang secara positif kepada alam sekitar dan masyarakat.

 Sunview, penyedia penyelesaian tenaga solar yang komprehensif memiliki dan mengendalikan 21 kemudahan fotovolta solar (PV) di seluruh Malaysia.

— BERNAMA 

Tags: EPCCKembojaladang solarRaja Muda of Perlissunview
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In