• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IJM Perluas Pelaburan Dalam Logistik Pergudangan, Hartanah UK

in Catalyst
A A
IJM Dapat Kontrak RM653.6 Juta Bina Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — IJM Corporation Bhd mengumumkan penyertaannya dalam dua pembangunan berkaitan hartanah iaitu projek Hab Logistik Antarabangsa Shah Alam (SAILH) seluas 28.73 hektar (ha) dan pembelian tapak seluas 4.45 hektar untuk pembangunan semula di Hertfordshire County, United Kingdom (UK).

Kumpulan pembinaan serta pembangunan hartanah itu berkata anak syarikat milik penuhnya, IJM RE Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian dengan pembekal logistik Swift Haulage Bhd dan Hartamas Mentari Sdn Bhd untuk mengambil alih 25 peratus kepentingan dalam Global Vision Logistics Sdn Bhd, yang membangunkan SAILH .

SAILH bakal menjadi salah satu hab logistik mesra alam terbesar yang diperakui di Asean dan pertama di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Fasa pertama SAILH, yang dimulakan pembinaan pada September tahun lalu merangkumi kompleks gudang empat tingkat, tempat letak kereta bertingkat dan ruang pejabat dengan bangunan sampingan. Ditetapkan untuk siap menjelang 2025, ia akan menawarkan ruang seluas 2.8 juta kaki persegi,” kata kumpulan itu.

Rancangan untuk fasa kedua sedang dijalankan, menjadikan jumlah ruang gudang kepada kira-kira enam juta kaki persegi apabila semua fasa selesai. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan IJM Lee Chun Fai berkata pelaburan kumpulan itu dalam Global Vision serta SAILH adalah langkah strategik bagi menangani peningkatan permintaan dalam sektor logistik, yang telah dirangsang oleh pertumbuhan e-dagang dan kepelbagaian rantaian bekalan.

“Keputusan ini bukan sahaja akan mengembangkan portfolio hartanah industri IJM, selain memberi tumpuan kepada aset bernilai tinggi yang menjana pendapatan berulang, ia juga mencerminkan kepakaran kami dalam infrastruktur dan pembinaan,” katanya.

IJM ketika mengulas mengenai pembelian hartanah di UK memberitahu cabang hartanahnya IJM Land telah memperoleh kepentingan pegangan bebas tapak kilang Shredded Wheat yang bersejarah di Welwyn Garden City, yang “amat sesuai bagi pembangunan semula”.

Tapak seluas 11 ekar (4.45ha) yang dikenali sebagai The Wheat Quarter (Utara), telah diluluskan untuk pembangunan 811 rumah dan 150,000 kaki persegi ruang penggunaan bercampur-campur.

Pembangunan tersebut akan menampilkan taman yang dirancang dengan baik dengan menyepadukan seni bina asal tapak 1920-an termasuk struktur tersenarai Gred II, menawarkan reka bentuk yang diterajui kediaman, berfokuskan komuniti.

“Pemerolehan ini membolehkan kami menggabungkan karakter bersejarah tapak itu dengan reka bentuk kontemporari, memupuk ruang komuniti bertenaga yang memenuhi keperluan bandar hari ini,” kata Lee.

Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi pengembangan IJM Land di UK, membina kejayaan daripada projek Royal Mint Gardens di Central London dan perkongsiannya dengan Network Rail.

Kenyataan itu tidak mendedahkan kos pemerolehan untuk 25 peratus kepentingan dalam Global Vision atau tapak di UK.

— BERNAMA

Tags: IJM CorpSAILHSwift Haulage
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In