• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Unit Lagenda Properties Rancang Laksana Pembangunan Bernilai RM85.38 Juta

in Saham
A A
Lagenda Properties Dimasukkan Dalam Indeks FTSE4GOOD Bursa Malaysia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) — Anak syarikat milik penuh tidak langsung Lagenda Properties Bhd (LPB), Opti Vega Sdn Bhd menandatangani perjanjian hak pembangunan (DRA) dengan Intact Corporate Approach Sdn Bhd (ICA) bernilai RM85.38 juta.

Perjanjian itu meliputi pembangunan empat bidang tanah dan 164 lot tanah bersebelahan yang belum dimajukan dengan ukuran keseluruhan kira-kira 45.33 hektar, kesemuanya terletak di Mukim Ulu Sungai Selangor, daerah Kota Tinggi, Johor.

“Cadangan DRA itu adalah selaras dengan pelan strategik syarikat untuk memanfaatkan kelebihan dalam pembangunan dan pembinaan hartanah menerusi kerjasama ICA bagi melaksanakan perjanjian yang dicadangkan itu,” menurut LPB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Harga bagi cadangan DRA itu akan dibiayai oleh dana dalaman dan pinjaman bank.

Perkadaran secara khusus akan ditentukan oleh lembaga pengarah kemudian, selepas mengambil kira tahap kadar hutang syarikat, kos faedah serta keperluan tunai dalaman.

Tanpa mengambil kira situasi luar jangka dan tertakluk kepada pemenuhan semua syarat duluan, seperti yang dinyatakan dalam perjanjian, lembaga pengarah menjangkakan DRA itu akan diselesaikan tahun ini, menurut LPB.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiafilingICAJohorLagenda Properties Bhdperjanjian hak pemajuan
Share250ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In