• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Capital A Cadang Lupus Perniagaan Penerbangan Kepada AirAsia X

in Catalyst
A A
Capital A-Sivilai Asia Tubuhkan Usaha Sama Penyelenggaraan Dan Baik Pulih Di Kemboja

Gambar: Reuters

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

SEPANG, 8 Jan (Bernama) — Capital A Bhd menandatangani surat tawaran tidak terikat dengan AirAsia X Bhd (AAX) untuk cadangan melupuskan perniagaan penerbangannya iaitu AirAsia Bhd (AirAsia Malaysia) dan AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL).

AAAGL mengendalikan perkhidmatan penerbangan penumpang melalui anak syarikat di Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata langkah strategik itu bertujuan untuk memperkemaskan operasi kumpulan itu dan memudahkan penilaian berteraskan perniagaan bagi entiti berasingan yang berpotensi menghasilkan nilai lebih besar kepada pemegang saham.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami perlu mengumpul dana untuk pengembangan perniagaan tetapi mendapatkan akses kepada modal adalah mencabar kerana status Nota Amalan 17 (PN17) Capital A.

“Capital A telah berhubung dengan pelabur yang komited, mereka menyatakan untuk terlibat dalam perniagaan penerbangan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media  AirAsia Aviation Group di sini hari ini.

Fernandes berkata bagi menangani perkara ini dan memastikan suntikan kewangan kukuh, Capital A meneruskan penjualan perniagaan penerbangannya kepada AAX untuk mewujudkan perniagaan penerbangan murni, menggabungkan kedua-dua syarikat penerbangan jarak jauh dan pendek di bawah jenama AirAsia, tertakluk kepada rundingan perjanjian jual beli saham yang muktamad dan penyempurnaannya.

“Susulan pelupusan itu, perniagaan penerbangan bersedia untuk mendapat manfaat daripada pengurusan berfokus dan hala tuju strategik yang jelas yang akan meningkatkan kapasiti perniagaan penerbangan itu bagi meraih peluang pertumbuhan, mengembangkan bahagian pasaran dan mencapai keuntungan yang dipertingkatkan,” katanya.

Beliau juga meluahkan keyakinan bahawa melalui pengasingan perniagaan penerbangan daripada Capital A, perniagaan bukan penerbangan dalam kumpulan itu ketika ini di bawah nilai di pasaran, ia juga diiktiraf bagi nilai serta potensi intrisiknya.

Fernandes berkata syarikat di bawah Capital A termasuk Teleport (logistik), Capital A  Aviation Services (penyelenggaraan, pembaikan dan operasi, dan perkhidmatan dalam penerbangan) dan Move Digital juga akan menjana modal, menawarkan pemegang saham peningkatan saham Capital A mereka serta saham dalam kumpulan penerbangan yang diperbesarkan di bawah pengedaran saham yang dicadangkan.

Berikutan penjualan perniagaan penerbangan berkenaan, pemegang saham Capital A akan menjadi pemegang saham dua syarikat tersenarai yang kukuh, katanya.

“Kami percaya langkah ini akan membawa lebih kejelasan kepada pelaburan, mewujudkan asas pemegang saham yang lebih fokus, dan membuka kunci nilai untuk pemegang saham kami,” katanya.

Fernandes berkata keputusan untuk mencipta entiti perniagaan penerbangan sepenuhnya adalah sejajar dengan pilihan pasaran, memberikan pemahaman, penilaian dan penghargaan yang lebih jelas untuk kekuatan berbeza dalam perniagaan penerbangan dan bukan penerbangan.

Sementara itu, Capital A dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata cadangan pelupusan kepada AAX itu bertujuan untuk menyelaraskan aktiviti perniagaan teras Capital A dan anak syarikatnya untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital.

Selepas pelupusan itu selesai, perkhidmatan penerbangan dan perniagaan digital akan merangkumi Asia Digital Engineering Sdn Bhd, AirAsia SuperApp Sdn Bhd, Teleport Everywhere Pte Ltd dan BigPay Pte Ltd.

“Selain itu, pemegang saham berhak Capital A dijangka terus memegang saham dalam segmen penerbangan melalui AAX atau syarikat berkaitan AAX yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Securities menerusi cadangan pengagihan,” katanya.

Capital A berkata pengumuman mengenai cadangan pelupusan itu akan dibuat semasa menandatangani perjanjian muktamad.

Mengenai prospek, Fernandes berkata kumpulan itu menyasarkan untuk mengendalikan 333 pesawat menjelang tahun 2028 dan sedang mempertimbangkan untuk meluaskan laluan penerbangan ke Eropah menjelang akhir tahun ini.

“Impian saya…apabila saya bersara dalam tempoh lima tahun adalah untuk mempunyai lima syarikat tersenarai, satu di Amerika Syarikat dan empat di negara ASEAN,” katanya.

— BERNAMA

Tags: AirAsia XCapital AlupusTony Fernandes
Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In