• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 28, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Pergerakan Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan kukuh berterusan di Wall Street dengan didorong pembelian semasa harga murah susulan penjualan baru-baru ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.35 mata kepada 1,490.96 daripada 1,487.61 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

FBM KLCI dibuka 0.99 mata lebih tinggi kepada 1,488.60.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 299 berbanding 161, manakala 356 kaunter tidak berubah, 1,404 kaunter tidak diniagakan dan 19 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 531.69 juta unit bernilai RM203.24 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata susulan kenaikan kukuh berterusan di Wall Street, Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 26 mata atau 0.07 peratus pada Jumaat lepas, manakala Nasdaq menambah 14 mata atau 0.1 peratus.

“Di Asia, indeks-indeks utama ditutup bercampur-campur apabila penjualan saham teknologi di Hong Kong berterusan dan pasaran hartanah yang lembap memberi tekanan terhadap saham hartanah.

“Akibatnya, Indeks Hang Seng merosot 111 mata atau 0.66 peratus,” katanya kepada Bernama.

Thong berkata di peringkat tempatan, pihaknya menjangkakan pembelian saham tempatan berterusan, didorong sokongan kukuh daripada dana asing dan sentimen pasaran yang bertambah baik, walaupun tidak menolak kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung.

“Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI berada dalam aliran berjulat 1,485 hingga 1,495 hari ini,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan CIMB masing-masing menambah dua sen kepada RM9.08, RM4.35 dan RM6.02 manakala Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM7.24 dan Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM10.48.

Bagi saham aktif, Ta Win, Minetech Resources dan Fitters Diversified masing-masing naik setengah sen kepada 4.5 sen, 22 sen dan enam sen manakala Hong Seng Consolidated turun setengah sen kepada 2.5 sen dan MQ Technology mendatar pada 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 meningkat 64.48 mata kepada 15,124.35, Indeks FBMT 100 naik 29.76 mata kepada 10,774.13, Indeks FBM Emas Syariah menambah 21.96 mata kepada 11,254.10, Indeks FBM Emas menokok 32.16 mata kepada 11,129.38 manakala Indeks FBM ACE susut 6.19 mata kepada 5,432.08.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.62 mata kepada 177.61, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 59.45 mata kepada 16,641.78, Indeks Perladangan menambah 7.85 mata kepada 7,038.77, Indeks Tenaga menokok 3.62 mata kepada 843.44 dan Indeks Hartanah meningkat 7.54 mata kepada 933.30.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCINasdaqRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

4 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In