Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) merupakan sebuah syarikat yang sangat berjaya di dalam dan luar negara. Top Glove merupakan salah satu pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia dan nama syarikat ini semakin hangat diperkatakan sejak pandemik Covid-19 ini melanda dunia.
Hangat kerana harga jualannya yang meningkat serta harga sahamnya yang meningkat sehingga berjaya menjadi top 30 di dalam FBM KLCI. Kalau harga saham Top Glove turun, silap haribulan indeks FBM KLCI akan turun sekali.

Baru-baru ini, syarikat ini telah mengeluarkan penyata kewangan suku tahunan keempat syarikat bagi tahun 2020. Dalam penyata kewangan ini, Top Glove mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.3 bilion untuk suku tahunan itu sahaja, keuntungan syarikat meningkat sebanyak 1514% jika dibandingkan dengan keuntungan untuk suku tahun yang sama pada tahun 2019.
Namun, jika diperhatikan kepada nilai Net Tangible Asset (NTA) Top Glove, nilai NTA syarikat merosot dengan ketara pada suku tahunan keempat tahun ini. Apakah sebab nilai NTA syarikat ini berkurang? Adakah ini bermakna Top Glove telah menjual aset mereka atau syarikat mempunyai hutang yang berganda?
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu tahu dulu apa yang dimaksudkan dengan Net Tangible Asset.
Apa Itu Net Tangible Asset (NTA)?
Formula Net Tangible Asset (NTA) adalah dengan menolak Intangible assets seperti Goodwill, Patents, Trademarks dan keseluruhan liabiliti syarikat daripada nilai keseluruhan aset. Formula ringkasnya seperti di bawah:

Jika kita hendak menilai NTA syarikat berdasarkan nilai satu unit saham, nilai NTA tadi perlu dibahagikan dengan jumlah saham yang didagangkan di pasaran saham. Formulanya akan menjadi seperti ini:

Sekarang kita tahu sebab berubahnya nilai NTA ini adalah akan berpunca daripada empat perkara iaitu:
- Perubahan nilai aset keseluhuran
- Perubahan nilai Intangible Asset
- Perubahan nilai liabiliti keseluhuran
- Perubahan jumlah saham yang didagangkan
Jadi, mari kita lihat komponen yang manakah menjadi sebab kepada perubahan nilai NTA kepada syarikat Top Glove ini.
Nilai Aset Keseluruhan

Sumber: Bursa Malaysia
Jika kita lihat kepada nilai aset keseluruhan Top Glove, nilai aset keseluruhan syarikat meningkat sepanjang tahun kewangan syarikat tersebut. Ini bermakna, tiada jualan aset yang ketara sehingga menyebabkan nilai NTA syarikat merosot dengan teruk pada suku tahunan keempat ini.
Dengan ini, nilai keseluruhan aset bukanlah punca kepada perubahan nilai NTA syarikat.
Nilai Intangible Asset

Jika kita lihat nilai Intangible Asset syarikat pula, terdapat sedikit perubahan daripada segi nilainya namun perubahan ini tidaklah begitu ketara. Malah nilai Intangible Asset syarikat ini semakin berkurang. Jika mengikut formula di atas, sepatutnya nilai NTA akan menjadi lebih tinggi jika nilai intangible asset berkurangan.
Namun sebaliknya yang berlaku. Nilai Intangible Asset juga bukanlah faktor kepada perubahan nilai NTA Top Glove.
Nilai Keseluruhan Liabiliti

Sama juga dengan nilai keseluruhan liabiliti syarikat. Nilai keseluruhan liabiliti syarikat menurun daripada masa ke semasa. Jika kita ikutkan formula NTA, tidak sepatutnya nilai NTA berkurangan jika nilai keseluruhan liabiliti syarikat berkurang. Jadi nilai keseluruhan liabiliti ini juga bukanlah sebab mengapa nilai NTA Top Glove semakin merosot.
Jumlah Saham Dagangan

Untuk jumlah saham didagangkan, terdapat peningkatan ketara pada jumlahnya berbanding suku tahunan ke tiga dengan suku tahunan terkini. Peningkatan jumlah saham yang didagangkan ini lebih daripada empat kali ganda untuk jumlah dagangan pada suku tahunan keempat sahaja. Berdasarkan kepada formula NTA, sangat logik untuk nilai NTA berkurangan kerana jumlah saham yang didagangkan bertambah dengan banyak.

Pada tahun ini, Top Glove telah mengumumkan bahawa syarikat mereka akan memberikan Bonus Issue dengan nisbah 2:1 kepada para pemegang sahamnya. Pemberian ini telah dijalankan pada 3 Sepetember 2020.
Ini bermakna, pelabur telah pun mendapat dua unit saham percuma dengan setiap satu saham yang dimilliki. Ini sekali gus meningkatkan jumlah saham yang didagangkan di pasaran pada suku tahunan keempat syarikat ini dan menjadi faktor utama kepada kejatuhan nilai NTA.
Rumusan
Selepas kita faham tentang NTA, kita tahu pengurangan kepada nilai NTA tidaklah disebabkan syarikat menjual aset miliknya atau jumlah hutangnya meningkat semata. Ada beberapa faktor lain yang memainkan peranan kepada perubahan nilai NTA ini.
Pengiraan NTA sebenar juga lebih rumit dan mengambil kira beberapa perincian komponen lain selain yang ada dalam formula diatas. Namun dengan formula seperti diatas ini sahaja sudah cukup untuk kita mendapat gambaran kasar tentang punca pergerakkan NTA ini.
Bagi pelabur yang bijak, kita hendaklah tahu serba sedikit tentang cara mengaplikasikan formula-formula nisbah yang ada agar kita lebih faham apa yang terjadi kepada syarikat yang kita laburkan.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)