• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur Pada Hari Pertama Dagangan 2024

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur bagi hari pertama  dagangan 2024 pada Selasa walaupun prestasi semalaman Wall Street lebih rendah susulan sambutan perayaan baru-baru ini, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.59 mata kepada 1,452.07 daripada 1,454.66 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

FBM KLCI dibuka 2.46 mata lebih rendah kepada 1,452.20.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Walau bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 171 berbanding 159 manakala 269 kaunter tidak berubah, 1,629 kaunter tidak diniagakan dan 22 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 279.98 juta unit bernilai RM74.44 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade, Thong Pak Leng berkata dalam melangkah ke hadapan, kadar faedah akan menjadi tumpuan pelabur susulan jangkaan tempoh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan melonggarkan pendiriannya.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng mendatar hanya di atas paras 17,000 untuk berakhir 14 peratus lebih rendah tahun ke tahun.

“Walau bagaimanapun, dana asing bersedia untuk kembali secara besar-besaran kepada saham Hong Kong memandangkan ramai yang menganggap penilaian mereka sangat menarik,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI mengakhiri 2023 pada hanya di bawah 1,455.

Beliau berkata pada tahap semasa, penilaian pasaran dianggarkan sekitar 14 kali julat yang menawarkan saranan nilai yang baik.

“Justeru, kami menganggap aliran dana asing ke dalam bursa tempatan akan berterusan susulan pengukuhan ringgit yang meningkat di bawah paras 4.60 berbanding dolar AS.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,455 hingga 1,465 manakala bank kekal sebagai fokus utama,” katanya.

Di Bursa Malaysia, antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut 1.0 sen kepada RM8.88 dan RM4.28, CIMB turun 2.0 sen kepada RM5.83, Tenaga dan IHH Healthcare masing-masing kurang 4.0 sen kepada RM10.00 dan RM5.99 manakala Petronas Chemicals susut 3.0 sen kepada RM7.13.

Daripada saham aktif, Fast Energy naik 6.0 sen kepada 19 sen, Hong Seng kekal pada 2.5 sen, Sarawak Cable meningkat 5.5 sen kepada 43 sen, Bioalpha Holdings menambah 2.0 sen kepada 13 sen, dan PNE PCB menokok satu sen kepada 9.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM 70 meningkat 3.85 mata kepada 14,616.84 dan Indeks FBM ACE naik 19.39 mata kepada 5,341.39.

Walau bagaimanapun, Indeks FBMT 100 turun 13.21 mata kepada 10,472.51, Indeks FBM Emas Syariah susut 14.31 mata kepada 10,974.40 dan Indeks FBM Emas kurang 12.65 mata kepada 10,811.05.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.24 mata kepada 172.75 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 7.28 mata kepada 16,295.76.

Indeks Perladangan kurang 2.01 mata kepada 7,005.95, Indeks Tenaga meningkat 1.68 mata kepada 819.41, Indeks Hartanah kurang 0.83 mata kepada 861.28.

Pasaran ditutup pada semalam 1 Jan, 2024 sempena Tahun Baharu 2024.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIRakuten TradeThong Pak Leng
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In