• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Dalam Dagangan Awal

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi rendah di Wall Street dalam persekitaran suasana bercuti, kata peniaga. 

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.07 kepada 1,456.45 daripada 1,454.38 pada Jumaat.

FBM KLCI dibuka rendah 0.30 mata kepada 1,454.08.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 157 berbanding 126 manakala 280 kaunter tidak berubah, 1,742 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 200.96 juta unit bernilai RM69.09 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Dow Jones Industrial Average Index merosot 18 mata manakala Nasdaq menambah 29 mata dengan hasil 10 tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat naik kepada 3.90 peratus.

“Dalam negara, sama ada indeks FBM KLCI boleh menguji paras 1,500 pada empat hari dagangan terakhir pada 2023 akan dapat dilihat.

“Untuk hari ini, kami menjangka petunjuk pasaran indeks FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,450-1,460,” katanya kepada Bernama. 

Sementara itu, Thong gembira melihat ringgit mengukuh berbanding dolar AS, meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh empat bulan pada RM4.63.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional, masing-masing menambah satu sen kepada RM8.90, RM4.26 dan RM10, CIMB meningkat lima sen kepada RM5.85 manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.22.  

Daripada saham aktif, Bina Puri susut satu sen kepada 8.5 sen dan Reneuco merosot setengah sen kepada 22 sen manakala Minetech naik satu sen kepada 14.5 sen, Iskandar Waterfront menambah tiga sen kepada 74 sen dan Ekovest meningkat 1.5 sen kepada 49.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE naik 1.49 mata kepada 5,217.69, Indeks FBM Emas meningkat 8.48 mata kepada 10,828.40 dan Indeks FBMT 100 menambah 7.53 kepada 10,492.46 manakala Indeks FBM 70 merosot 19.55 mata kepada 14,597.29 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 0.04 mata kepada 11,015.63.

Mengikut sektor, Indeks Hartanah naik 3.15 mata kepada 862.62, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.25 mata kepada 173.01, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 37.30 mata kepada 16,284.39 manakala Indeks Perladangan merosot 22.37 mata kepada 7,014.08 dan Indeks Tenaga jatuh 1.24 mata kepada 817.36. 

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIThong Pak LengWall Street
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In