• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Tegur, Denda 10 Pengarah Serba Dinamik

in Catalyst
A A
Serba Dinamik Dapatkan Nasihat Undang-Undang Berkaitan Pertuduhan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Serba Dinamik Holdings Bhd dan 10 pengarahnya serta turut mengenakan denda daripada RM355,200 hingga RM1.38 juta.

Menurut bursa dalam kenyataan hari ini, syarikat tersebut melanggar enam Keperluan Penyenaraian Pasaran Utamanya (LR Utama).

Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah dan Pengarah Eksekutif Datuk Syed Nazim Syed Faisal, masing-masing didenda RM1.38 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengerusi Bukan Eksekutif Datuk Abdul Kadier Sahib didenda RM785,400 manakala Datuk Awang Daud Awang Putera, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed, Johan Mohamed Ishak, Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dan Siti Zaleha Sulaiman didenda antara RM600,000 dan RM710,400.

Noor Azri Noor Azerai dan Abu Bakar Uzir, masing-masing didenda RM355,200 dan RM360,400.

“Penemuan pelanggaran dan denda yang dikenakan ke atas Serba Dinamik dan pengarahnya telah dibuat (mengikut) perenggan 16.19 LR Utama apabila proses yang sewajarnya selesai dan selepas mengambil kira semua fakta dan situasi perkara itu,” katanya.

Bursa berkata ia mengambil kira pelanggaran dan impaknya terhadap syarikat, pemegang saham dan pelabur serta peranan, tanggungjawab, pengetahuan, penglibatan dan tata laku, tindakan dan ketidaktindakan para pengarah.

Katanya terdapat “peninggalan tugas yang serius” oleh Lembaga Pengarah dan juga kegagalan tadbir urus korporat, terutamanya dalam kegagalan mereka memastikan pendedahan maklumat material yang betul dan tepat pada masanya, ketelusan pasaran dan pematuhan terhadap arahan pengawal selia.

“Bursa Malaysia Securities tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengarah yang gagal melaksanakan tugas mereka (termasuk pengarah yang baru dilantik dan tanpa mengambil kira peletakan jawatan pengarah), justeru, membenarkan/menyebabkan syarikat tersenarai itu melakukan pelanggaran LR Utama,” katanya.

Menurut bursa, ia memandang serius pelanggaran itu berikutan pendedahan penyata kewangan dan maklumat material yang tepat pada masanya dan tepat menjadi kewajipan asas syarikat yang tersenarai dan amat penting untuk memastikan pasaran yang teratur dan adil, mengekalkan integriti pasaran dan keyakinan pelabur.

“Wajib bagi syarikat yang tersenarai dan pengarah mereka untuk mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Securities.

“Semua pengarah, eksekutif atau bukan eksekutif syarikat yang tersenarai juga perlu memastikan pematuhan LR Utama dan mengekalkan standard integriti, akauntabiliti, tadbir urus korporat dan tanggungjawab yang tertinggi kepada pemegang sahamnya dan orang ramai yang melabur,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysia SecuritiesdendaSerba Dinamiktegur
Share348ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In