• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Continental Pasang Sistem Solar Di Kilang Alor Setar

in Catalyst
A A
Solarvest Optimis Terhadap Prospek Niaga, Pergiat Usaha Pengembangan

Sumber Gambar : Solarvest

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Continental Tyre AS Malaysia Sdn Bhd telah bekerjasama dengan Solarvest Holdings Bhd untuk pemasangan sistem fotovoltan (PV) atas bumbung berkuasa 618.75 kWp di kilang membuat tayarnya di Alor Setar, Kedah.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Continental berkata sistem PV solar itu akan membantu mengimbangi sekurang-kurangnya 536 tan metrik pelepasan karbon selain menjimatkan lebih 800 megawatt-jam (MWj) dalam penggunaan elektrik setiap tahun.

“Continental komited untuk kecekapan tenaga yang lebih tinggi serta pembuatan yang mampan alam sekitar (dan berada pada) laluan ke arah neutraliti karbon menjelang 2040,” kata kenyataan itu, sambil menambah langkah itu akan memanfaatkan skim Pemeteran Tenaga Bersih (MEB).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Skim MEB kerajaan yang diperkenalkan pada 2016 menggalakkan pengguna elektrik iaitu isi rumah dan perniagaan memasang sistem PV di atas bumbung premis mereka untuk menukar cahaya matahari kepada tenaga suria dan menjual lebihan tenaga yang dijana kepada grid nasional. 

Pengurus kilang Continental, Noor Izwan Ismail berkata pemasangan sistem PV itu menunjukkan kedua-dua pertumbuhan mampan dan inovasi yang seiring dengan penyelesaian mesra alam. 

“Di Continental, kami mempunyai empat bidang sasaran utama yang perlu dicapai menjelang 2050, salah satunya ialah kecekapan tenaga dan sumber yang tinggi, dijalinkan dengan operasi pelepasan yang agak rendah,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest, Davis Chong Chun Shiong berkata penyiapan projek itu akan membawa mereka selangkah lebih dekat ke arah sasaran sifar bersih Malaysia.

Beliau berkata langkah Continental ke dalam tenaga bersih adalah sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional Malaysia ( NETR) yang menyasarkan pelepasan sifar bersih menjelang 2050, memupuk industri pembuatan yang lebih hijau.

Pelaburan dalam teknologi hijau dan inisiatif menunjukkan pemacuan sektor swasta serta awam untuk membuat peralihan kepada masa depan yang lestari, kata Chong.

— BERNAMA

Tags: ContinentalSistem FotovoltanSolarvest
Share261ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In