• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TM, Maxis Meterai Perjanjian Bagi Perluas Perkhidmatan Premium  HSBB

in Catalyst
A A
TM, Maxis Meterai Perjanjian Bagi Perluas Perkhidmatan Premium  HSBB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Telekom Malaysia Bhd (TM), TM Technology Services Sdn Bhd (TM Tech) dan anak syarikat Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd menandatangani perjanjian pindaan berkaitan Perjanjian Perkhidmatan Premium jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB).

Di bawah perjanjian pindaan yang dimeterai hari ini, perjanjian sedia ada kini termasuk Perjanjian Perkhidmatan Premium HSBB yang dipinda dan dinyatakan semula dengan TM Tech untuk melanjutkan perjanjian sedia ada. 

“Tujuan perjanjian itu adalah untuk Maxis mendapatkan Perkhidmatan Premium HSBB daripada TM Tech, yang akan membolehkan Maxis mencapai lebih banyak pas premis untuk HSBB di seluruh negara,” menurut syarikat telekomunikasi itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurut Maxis, ia akan menjadi pelanggan premium TM Tech untuk Perkhidmatan Premium HSBB dengan ciri-ciri dan fungsi yang dipertingkatkan daripada perkhidmatan akses asas HSBB.

“Tempoh perjanjian akan bermula daripada pemeteraian perjanjian sehingga 30 Jun 2029 dengan pilihan untuk melanjutkan tertakluk kepada terma dan syarat yang perlu dirundingkan dan dipersetujui bersama oleh pihak-pihak berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut TM, Perkhidmatan HSBB yang disediakan oleh TM kepada Maxis mempunyai ciri-ciri dan fungsi premium berhubung dengan kategori teknikal dan operasi seperti yang dipersetujui.

“Perjanjian ini adalah pengubahsuaian daripada perjanjian sedia ada antara pihak-pihak yang berkenaan  dan Perkhidmatan HSBB di bawah perjanjian ini adalah penambahbaikan kepada perkhidmatan yang sama yang kini disediakan kepada Maxis,” katanya.

TM berkata perjanjian itu menunjukkan komitmen bersama TM untuk memastikan ketersambungan yang lancar, stabil dan sentiasa aktif untuk rakyat Malaysia dan ini kekal penting sejajar dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia kerajaan.

“Sebagai penyedia telekomunikasi dan infrastruktur digital nasional dalam memacu inisiatif Digital Malaysia, TM sentiasa menjadi penyokong kuat untuk menyediakan akses kepada infrastruktur dan perkhidmatan HSBB dan perjanjian itu menjadi kesinambungan kepada pelaksanaan perkhidmatan jalur lebar oleh Maxis Broadband kepada pelanggan akhir sedia ada dan berpotensi,” katanya.

— BERNAMA

Tags: jalur lebar berkelajuan tinggikerjasamaMaxisTM
Share217ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In