• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Rugi Bersih Top Glove Turun Kepada RM57.71 Juta Pada Suku Pertama 2024

in Catalyst
A A
Top Glove Catat Kerugian Bersih RM168.24 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Kerugian bersih Top Glove Corporation Bhd susut kepada RM57.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 daripada RM168.24 juta pada suku pertama 2023.

Hasil bagi suku itu menurun kepada RM493.46 juta daripada RM632.53 juta sebelum itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia itu mengaitkan hasil yang lebih baik itu dengan operasi yang berterusan, usaha mengoptimumkan kualiti dan kos, yang membantu mengurangkan kenaikan harga bahan mentah.  

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Selain itu, peningkatan dalam jumlah jualan, yang membawa kepada peningkatan penggunaan dan kecekapan, juga memberi kesan positif kepada keuntungan,” katanya.

Memandang ke hadapan, Top Glove mengekalkan pandangan jangka pertengahan hingga panjang yang positif terhadap industri sarung tangan, kerana sarung tangan merupakan item guna tunggal yang penting dalam sektor penjagaan kesihatan, perindustrian serta makanan dan minuman, yang tiada penggantian berdaya maju.

“Kumpulan juga optimis pertumbuhan permintaan sarung tangan global akan berterusan kira-kira 8.0 peratus pada masa akan datang, bersama-sama dengan penggunaan sarung tangan; didorong oleh penambahan stok simpanan sarung tangan pelanggan yang semakin berkurangan, asas industri yang teguh, serta peningkatan kesedaran kesihatan dan kebersihan selepas pandemik.

“Top Glove yang dalam usaha menuju pemulihan akan terus memberi tumpuan kepada alam sekitar, sosial dan tadbir urus,” katanya.

Kumpulan itu juga bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan untuk memastikan ia memenuhi kewajipan baharu di bawah Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), yang akan dilaksanakan mulai 30 Dis 2024.

— BERNAMA

Tags: alam sekitarjualanKeputusanpermintaansosial dan tadbir urusTop Gloveunjuran
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In