• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, April 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Jati Tinggi Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Catat Premium 13 Peratus

in Saham
A A
Jati Tinggi Mula Disenaraikan Di Pasaran ACE, Catat Premium 13 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Syarikat kejuruteraan utiliti infrastruktur, Jati Tinggi Group Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia dengan premium 13 peratus berbanding harga tawaran awam awal (IPO) RM0.27 sesaham, pada Rabu.

Kaunter itu dibuka pada 30.5 sen sesaham.

Aktiviti teras syarikat itu meliputi rangkaian perkhidmatan penting termasuk pemerolehan, pemasangan, ujian, dan penyelenggaraan perkhidmatan dan penyelesaian kejuruteraan utiliti bawah tanah dan atas; perkhidmatan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) pencawang, serta pembekalan dan pemasangan peralatan elektrik untuk pencawang elektrik.

Jati Tinggi telah meletakkan kedudukan syarikat sebagai peserta penting dalam industri bekalan elektrik di Malaysia, dengan tumpuan kepada perancangan dan pengurusan projek.

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata perjalanan sehingga penyenaraian itu adalah usaha kerjasama, didorong oleh kerja keras dan dedikasi pasukannya.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam perjalanan ini,” katanya dalam kenyataan.

Melalui IPO itu, Jati Tinggi berhasil mengumpul sebanyak RM18.04 juta.

Hasil itu akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank sebanyak RM7 juta, sebagai modal kerja am untuk projek baharu dan sedia sebanyak RM7.34 juta, pembelian mesin win untuk menyokong pengembangan perniagaan berjumlah RM0.20 juta serta perbelanjaan penyenaraian sebanyak RM3.50 juta.

TA Securities Holdings Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen tawaran bagi IPO itu.

Sementara itu, Ketua Kewangan Korporat TA Securities, Ku ​​Mun Fong berkata kemunculan pertama Jati Tinggi di Pasaran ACE menandakan satu peristiwa penting dalam perjalanan korporat mereka.

“Berasaskan model perniagaan dan rancangan pengembangan strategiknya, Jati Tinggi berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang baru muncul dalam sektor ini.

“Kami gembira menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Kami berharap dapat menyaksikan kejayaan dan pertumbuhan masa depan syarikat ini pada tahun-tahun akan datang dengan memanfaatkan peluang yang ada daripada perbelanjaan modal yang akan ditanggung oleh Tenaga Nasional Bhd menurut pengumuman baru-baru ini,” katanya.

Setakat pukul 11.40 pagi, Jati Tinggi meningkat lima sen kepada 32 sen dengan 122.56 juta saham didagangkan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIPOJati Tinggipasaran ACEpenyenaraian
Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In