• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Wall Street  

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global


KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman, didorong kenyataan terbaru oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.30 mata kepada 1,466.97 daripada 1,465.67 ketika ditutup pada Selasa.

FBM KLCI dibuka 0.76 mata lebih tinggi kepada 1,466.43.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 142 berbanding 121, manakala 272 kaunter tidak berubah, 1,782 kaunter tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 164.89 juta unit bernilai RM73.54 juta.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata walaupun aliran meningkat baru-baru ini telah mengatasi asas namun, pelabur tetap tidak berganjak dengan pendirian bahawa ‘masih ada peluang untuk meraih hasil daripada ekuiti’.

Beliau berkata Purata Perindustrian Dow Jones meningkat 252 mata semalaman, manakala Nasdaq menambah 98 mata namun, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut kepada 3.931 peratus.

Di peringkat domestik, 1,465 mungkin menjadi paras rintangan yang sukar, katanya.

Beliau berkata jika paras itu tidak dapat dilepasi dengan yakin dalam tempoh terdekat maka, indeks dijangka menjejak kembali di bawah paras 1,460.

“Bagi hari ini, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,460 hingga 1,470 dengan minat kembali kepada saham bank dan perladangan,” katanya kepada Bernama.

Antara saham wajaran tinggi, Public Bank naik satu sen kepada RM4.35, CIMB meningkat tiga sen kepada RM5.99, Petronas Chemicals menokok empat sen kepada RM7.13 manakala Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing turun satu sen kepada RM8.97 dan RM9.99.

Bagi saham aktif, Jati Tinggi naik 4.5 sen kepada 31.5 sen, Dagang NeXchange menambah satu sen kepada 40.5 sen manakala AT Systematization dan Tanco masing-masing meningkat setengah sen kepada satu sen dan 59 sen.

Top Glove turun setengah sen kepada 93.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 8.22 mata kepada 10,872.78; Indeks FBMT 100 menokok 9.08 mata kepada 10,539.60; Indeks FBM 70 meningkat 11.43 mata kepada 14,545.45; Indeks FBM Emas Syariah menambah 1.89 mata kepada 10,986.58 manakala Indeks FBM ACE melonjak 22.96 mata kepada 5,206.09.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 35.31 mata kepada 16,541.01; Indeks Perladangan naik 0.48 mata kepada 7,005.08; Indeks Tenaga menokok 0.68 mata kepada 819.13 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.10 mata kepada 171.74.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIKenny YeeWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In