• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Supermax Umum Struktur Organisasi Baharu, Lantik Tan Chee Keong Sebagai CEO

in Catalyst
A A
Unit Supermax Corp Cadang Ambil Alih Tanah Dengan Nilai RM73.48 Juta

Sumber Gambar : Supermax FB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Supermax Corporation Bhd, pengeluar sarung tangan pakai buang terkemuka global, telah melantik Tan Chee Keong atau CK Tan sebagai Pengarah Eksekutif Kanan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 2 Jan 2024.

Firma itu dalam satu kenyataan turut mengumumkan struktur organisasi baharu dan pelantikan telah dibuat bagi mengukuhkan lagi pasukan pengurusan untuk menyokong pengedaran syarikat yang diperluaskan selain memantapkan tapak pembuatan masa depannya di pasaran Amerika Syarikat (AS) serta komitmennya dalam menyampaikan kecemerlangan produk kepada pelanggan global.

Tan telah berkhidmat dengan Kumpulan Supermax sejak 2000. Beliau pada mulanya berkhidmat sebagai Naib Presiden Aurelia Gloves, bahagian Supermax Healthcare Inc, dan kemudiannya sebagai CEO Supermax Healthcare.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Tan mempunyai pengalaman melangkaui 20 tahun dalam pasaran sarung tangan penjagaan kesihatan di AS dan bertanggungjawab untuk melaksanakan pertumbuhan serta pembangunan jangka panjang syarikat termasuk perancangan strategik serta pelaksanaan inisiatif pemasaran global syarikat di Brazil, Kanada, Hong Kong, Singapura , United Kingdom dan AS. 

Tan akan terus menjadi CEO Supermax Healthcare Inc dan Maxter Healthcare Inc di AS.

“Dalam peranan baharunya, Tan akan menerajui pelan strategik syarikat serta pertumbuhan perniagaan global apabila syarikat itu menyusun semula secara dalaman untuk memastikan kecekapan yang lebih tinggi dipenuhi bagi fasa aktiviti pembuatannya yang seterusnya, termasuk operasi di AS,” katanya.

Sementara itu, Tan Bow Kok atau BK Tan, yang telah berkhidmat dengan Kumpulan Supermax sejak 1999, akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) dan akan menyelia operasi pembuatan Kumpulan Supermax, beliau akan dibantu oleh timbalan COO baharu.

 Kumpulan itu juga akan mempunyai ketua pegawai jaminan kualiti dan hal ehwal kawal selia yang baharu bagi memastikan jaminan kualiti dan operasi pembuatan global disinergikan untuk usaha pemasaran yang lebih lancar pada masa hadapan.

— BERNAMA

Tags: CEOpelantikanSupermax
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In