• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan, Dipacu Prestasi Positif Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada minggu lepas apabila dibuka lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh prestasi Wall Street yang positif pada Jumaat lepas.

Pada masa sama, kalangan peniaga lebih mengekalkan pendirian bertahan susulan prestasi kukuh sejak kebelakangan ini dan di tengah-tengah andaian kemungkinan kadar faedah lebih rendah.

Setakat jam 10 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia (FBM) KLCI meningkat sedikit kepada 1,461.52 berbanding paras penutup pada 1,462.45, Jumaat lepas.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks penanda aras itu dibuka susut 0.89 mata kepada 1,461.56. 

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata berikutan itu, Dow Jones menokok 57 mata pada Jumaat lepas manakala Nasdaq menambah 52 mata dengan hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) susut kepada 3.915 peratus.

Beliau berkata di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak 390 mata untuk ditutup hampir mencecah paras 16,800 pada Jumaat lepas berikutan persekitaran kadar faedah lebih lemah susulan pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed).

“Selain itu, sentimen turut dipacu oleh langkah terbaharu China untuk menurunkan nisbah pembayaran semula pinjaman dan melanjutkan lagi tempoh akhir bagi gadai janji,” katanya.

Di peringkat tempatan, Thong berkata wujud petanda bahawa Bursa Malaysia akan terus bertahan dalam senario langkah mempelbagaikan dana yang dijangka berlaku, terutama bagi pasaran negara sedang pesat membangun.

Berikutan itu, katanya, indeks petunjuk utama dijangka terus meningkat dan berada dalam jajaran 1,460-1,470 pada hari ini.

— BERNAMA 

Tags: FBM KLCIsesi awalWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In