• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Johari Abdul Ghani letak jawatan Pengerusi CI Holdings

in Catalyst
A A
Johari Abdul Ghani letak jawatan Pengerusi CI Holdings
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang baharu dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan telah meletak jawatan sebagai Pengerusi CI Holdings Bhd hari ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CI Holdings berkata Johari, 59, bukan lagi ahli jawatankuasa pencalonan dan imbuhan syarikat itu berikutan peletakan jawatannya sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas.

“Pengarah syarikat itu, Megat Joha Megat Abdul Rahman, 60, yang mempunyai kepentingan langsung sebanyak 0.62 peratus dalam syarikat itu telah dilantik semula sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas,” kata CI Holdings yang terbabit dalam pembuatan dan pembungkusan minyak makan pada makluman berasingan di Bursa Malaysia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurut laporan tahunan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023 (TK2023), Johari ialah pemegang saham tunggal terbesar CI Holdings dengan memegang 53.4 juta, atau 32.96 peratus kepentingan tidak langsung dalam syarikat itu melalui JAG Capital Holdings Sdn Bhd.

Laporan tahunan itu berkata Johari dilantik ke lembaga pengarah pada 6 Mac, 2019, dan dilantik semula sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas pada 30 Mei, 2019.

 Johari, yang merupakan bekas menteri kewangan II, dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi yang baharu berikutan rombakan Kabinet hari ini.

Pelantikan beliau diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.​

–BERNAMA

Tags: CI HoldingsJohari Abdul Ghanimenteri perladangan dan komoditipeletakan jawatan
Share280ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In