• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Mah Sing Bangunkan Projek M Azura Di Setapak Dengan GDV RM508 Juta

in Catalyst
A A
Mah Sing Capai Sasaran Lengkapkan Milikan Kosong Pada Suku Keempat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) — Mah Sing Group Bhd akan membangunkan M Azura, pembangunan berorientasikan transit di tanah seluas 1.62 hektar di Setapak, Kuala Lumpur dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM508 juta.

Pemaju hartanah itu, menerusi anak syarikat milik penuhnya Jastamax Sdn Bhd, telah mencadangkan untuk mengambil alih tanah daripada Tekun Juara Sdn Bhd pada harga RM74.3 juta untuk membangunkan kediaman yang akan berharga daripada RM396,800 seunit.

“Kami telah menubuhkan dan mengukuhkan kehadiran jenama kami di Setapak melalui penerimaan yang positif melalui kejayaan projek M Astra dan M Adora. Projek terbaru kami iaitu M Astra telah dijual sepenuhnya dalam tempoh setahun, mencerminkan selera dan kepercayaan pembeli terhadap jenama Mah Sing.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Bagi perkembangan akan datang ini iaitu M Azura, ia menandakan usaha ketiga kami dalam bidang ini. Dengan memanfaatkan limpahan permintaan daripada kedua-dua projek sebelum ini, kami percaya M Azura akan mendapat sambutan dalam kalangan pembeli rumah kali pertama dan mereka yang ingin menaik taraf di kawasan kejiranan,” kata Pengasas Mah Sing dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum dalam satu kenyataan.

Terletak berhampiran cadangan Stesen Mass Rapid Transit 3 (MRT3) Rejang, LRT Sri Rampai dan LRT Wangsa Maju, M Azura adalah pembangunan ketiga kumpulan itu di Setapak selepas M Astra dan M Adora, yang kedua-duanya habis dijual sepenuhnya.

— BERNAMA

Tags: Leong Hoy KumM AzuraMah Sing
Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In