• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Tegur Sarawak Consolidated Dan Denda Dua Pengarah

in Catalyst
A A
Pemegang Saham SCIB Lulus Penerbitan Bonus 3-Untuk-1

Kredit gambar: The Edge

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka, Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) dan dua pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

 Bursa Malaysia Securities berkata Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas SCIB (bersara pada 8 Dis 2022) Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah termasuk Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (meletak jawatan pada 28 Jun 2023) dikenakan denda, masing-masing RM27,000.

“SCIB ditegur secara terbuka kerana gagal mengeluarkan laporan tahunan yang turut merangkumi penyata kewangan yang diaudit bersama-sama dengan laporan juruaudit dan pengarah bagi tempoh kewangan 18 bulan berakhir 30 Jun 2021 (AR 2021) pada atau sebelum 31 Okt 2021.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“SCIB hanya mengeluarkan AR 2021 pada 17 Jan 2022, selepas kelewatan kira-kira dua bulan,” kata Bursa Malaysia Securities dalam satu kenyataan hari ini. 

Selain itu, SCIB juga dikehendaki menyemak serta menilai kecekapan sumber kewangan dan perakaunan serta kecukupan syarikat termasuk keupayaan komprehensif, pelaksanaan dan keberkesanan dasar serta prosedur syarikat berkenaan dengan pelaporan kewangan. 

“Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran tersebut kerana penyerahan penyata kewangan yang tepat pada masanya merupakan kewajipan asas syarikat tersenarai selain amat penting dalam memastikan pasaran yang teratur dan saksama bagi sekuriti yang didagangkan di Bursa Malaysia serta amat perlu bagi membantu membuat keputusan pelaburan termaklum.

“Bursa Malaysia Securities juga telah mengingatkan SCIB dan Lembaga Pengarahnya (BOD) tentang tanggungjawab mereka untuk mengekalkan piawaian tanggungjawab korporat serta akauntabiliti yang sesuai kepada pemegang saham dan orang ramai yang melabur,” katanya.

Kegagalan SCIB menerbitkan AR 2021 dalam tempoh masa yang ditetapkan disebabkan oleh kegagalan untuk menangani/menyelesaikan isu audit mengenai pengiktirafan hasil dan kebolehpulihan belum terima daripada kontrak/projek pembinaan luar negara yang telah dibangkitkan oleh juruaudit luar syarikat sejak November 2020.

SCIB kemudiannya telah mengklasifikasikan semula urus niaga berkaitan kontrak/projek pembinaan luar negara dengan mendedahkan jumlah terhutang bersih kepada kumpulan serta  syarikat masing-masing sebanyak RM64.22 juta atau US$15.67 juta dan RM17.85 juta atau US$4.25 juta, masing-masing sebagai  yuran yuran pengurusan projek.

Oleh itu, pelarasan telah dibuat ke atas penyata kewangan yang termasuk pengurangan hasil kumpulan daripada RM748.55 juta (berdasarkan sepenuhnya kontrak pembinaan sebelum ini) kepada RM93.27 juta, yang butirannya didedahkan dalam Nota 22 kepada penyata kewangan teraudit (AFS 2021) yang diumumkan pada 31 Dis 2021.

Juruaudit luar telah mengeluarkan Pendapat yang Layak mengenai AFS 2021, yang mana juruaudit luar tidak dapat memperoleh bukti audit yang mencukupi bagi kontrak/projek pembinaan di luar negara dan semua pelarasan yang berkaitan.

Terdapat juga pertukaran juruaudit luar, yang mana juruaudit luar sebelum ini berhenti pada 23 Julai 2021 berikutan tindakan syarikat yang meminta juruaudit berkenaan meletak jawatan secara sukarela.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysia SecuritiesSarawak Consolidated
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In