• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Haily Group Peroleh Kontrak Pembinaan Bernilai RM64 Juta Daripada Meridin East

in Catalyst
A A
Haily Group Menang Kontrak RM52.30 Juta Daripada Unit Mah Sing

Gambar: Yoong Wy

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

JOHOR BAHRU, 5 Dis (Bernama) — Haily Group Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM64 juta daripada Meridin East Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd.

Pengasas dan Pengarah Eksekutif Haily Group See Tin Hai berkata kontrak diterima menerusi anak syarikatnya,  Haily Construction Sdn Bhd bagi pembinaan 327 unit kediaman dan dua pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan perbandaran Meridin East, di sini. 

“Kontrak ini merupakan antara projek terbesar Haily setakat ini, dan projek utama kelima yang diraih oleh kumpulan tahun ini, menjadikan jumlah nilai kontrak projek sebanyak RM697.51 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Meridin East merupakan pembangunan perbandaran campuran terbesar di Mah Sing, dengan jumlah keluasan tanah 530.5 hektar. 

See berkata, pihaknya berbesar hati meraih satu lagi kontrak daripada Mah Sing Group yang merupakan salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia. 

Kejayaan memperoleh kontrak itu juga menunjukkan Haily terus mendapat kepercayaan terutama dalam keupayaan memberikan perkhidmatan cemerlang dan mengekalkan standard mutu kerja yang tinggi, katanya.

“Dengan ini, saya percaya kami berada di kedudukan selesa untuk meneruskan kebangkitan aktiviti dalam sektor pembangunan hartanah Johor,” katanya.

Sementara itu See berkata, kejayaan Johor meraih pelaburan besar dalam sektor minyak dan gas, pusat data dan projek pembuatan, merupakan petanda baik bagi ekonomi negeri itu sekali gus memberi impak positif kepada pembangunan hartanah dan aktiviti pembinaan.

— BERNAMA

Tags: Haily Group BerhadkontrakMeridin East Sdn BhdSee Tin Hai
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In