• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah sedikit berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung walaupun Wall Street mempamerkan prestasi semalaman yang kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KCI (FBM KLCI) turun 2.24 mata kepada 1,450.50 daripada penutupan Khamis 1,452.74. Indeks penanda aras utama dibuka 0.74 mata lebih rendah pada 1,452.0.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului untung 178 berbalas 132, manakala 234 kaunter tidak berubah, 1,778 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan 177.45 juta unit bernilai RM80.73 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street mengakhiri bulan semasa dengan prestasi yang kukuh, menyaksikan tiga daripada indeks penanda aras memperoleh lebih daripada 8.0 peratus dengan data inflasi yang lebih baik serta dan indeks perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS yang dalam jangkaan.

Indeks harga PCE pada Oktober 2023, tidak termasuk harga makanan dan tenaga, meningkat 0.2 peratus untuk bulan kajian dan 3.5 peratus pada asas tahun ke tahun.

“Kami turut menjangkakan sektor teknologi diniagakan lebih tinggi untuk sesi hari ini, mengambil petunjuk daripada pengukuhan prestasi Wall Street,” katanya.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM9.02, Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing menambah tiga sen untuk mencatatkan harga RM4.30 dan RM5.86, manakala CIMB menokok tujuh sen kepada RM5.72.

Tenaga Nasional pula susut enam sen menjadi RM9.93 dan Petronas Chemicals lemah 14 sen kepada RM7.08.

Bagi kebanyakan saham aktif,  Zen Tech, Meta Bright dan KNM masing-masing tidak berubah pada harga dua sen, 21 sen dan 9.5 sen manakala DNeX turun setengah sen kepada 39.5 sen dan ARB lemah satu sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 19.74 mata untuk mencatatkan paras 10,707.66, Indeks FBMT 100 susut 19.56 mata menjadi 10,376.99 manakala Indeks FBM Emas Syariah kerugian 74.02 mata kepada 10,855.34.

Indeks FBM 70 menyusut 41.89 mata menjadi 14,130.00 manakala Indeks FBM ACE memperoleh 25.58 mata kepada 5,091.03.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 96.35 mata kepada 16,318.31 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.93 mata menjadi  171.34, Indeks Tenaga susut 3.57 mata kepada 825.53 dan Indeks Perladangan lemah 47.92 mata pada 6,993.49.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesPCEWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In