• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga FGV Susut Kepada RM31.98 Juta

in Catalyst
A A
Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih FGV Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 susut kepada RM31.98 juta daripada RM241.67 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil turun kepada RM4.91 bilion daripada RM6.18 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia berkata hasil yang menurun didorong oleh purata harga minyak sawit mentah (MSM) yang direalisasikan yang lebih rendah pada suku semasa, manakala keuntungan bersih yang lebih rendah disebabkan kemerosotan keuntungan dalam sektor perladangan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagaimanapun, FGV berkata keuntungan yang lebih rendah itu sebahagiannya dikurangkan oleh peningkatan suku semasa yang dicatatkan dalam sektor logistik dan lain-lain, dan kerugian yang lebih rendah dicatatkan dalam sektor gula.

Bagi sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023, keuntungan bersih FGV susut kepada RM39.18 juta daripada RM984.93 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil turun kepada RM13.99 bilion daripada RM19.46 bilion sebelum ini.

FGV berkata keuntungan yang rendah bagi tempoh sembilan bulan tahun ini disebabkan terutamanya oleh purata harga MSM yang direalisasikan yang rendah sebanyak RM3,948 satu tan berbanding RM4,989 satu tan yang dicatatkan dalam tempoh kewangan yang sama sebelumnya.

“Ini ditambah lagi dengan kos pengeluaran MSM mengikut harga kilang yang lebih tinggi sebanyak 35 peratus,” katanya.

FGV berkata sektor perladangan terus mengalami penurunan margin dalam perniagaan hiliran dan bajanya pada sembilan bulan pertama tahun ini.

“Bahagian keuntungan daripada usaha sama juga merosot daripada RM45.18 juta kepada RM3.0 juta dalam tempoh kewangan semasa.

“Terdapat juga kerugian rosot nilai yang lebih tinggi bagi aset bukan kewangan berjumlah RM58.94 juta, terutamanya disebabkan oleh kemerosotan nilai aset perladangan Indonesia, berbanding RM13.87 juta dalam tempoh kewangan sebelumnya,” katanya.

FGV berkata dalam landskap pasaran semasa, harga MSM berhadapan cabaran dengan kejatuhan berikutan stok minyak sayuran yang berlebihan di negara pengguna utama serta permintaan yang lemah.

“Bagaimanapun, harga MSM diunjurkan lebih baik pada suku keempat iaitu antara RM3,800 dan RM4,000 satu tan.

“Trajektori positif ini disokong oleh kesan jangkaan El Nino, permintaan yang meningkat di India didorong oleh aktiviti penyimpanan semula stok Diwali dan industri biodiesel sawit yang berkembang, semuanya menyumbang kepada persekitaran harga yang kukuh,” katanya.

Sementara itu, FGV berkata sektor gula terus berdepan cabaran berpunca daripada kenaikan harga gula mentah global, peningkatan kos pengangkutan dan gas asli serta ringgit yang semakin lemah di tengah-tengah ketegangan geopolitik.

“Sektor logistik kekal teguh dalam komitmennya terhadap peningkatan prestasi melalui inisiatif strategik, termasuk pengembangan kapasiti, pengoptimuman aset, dan penggunaan teknologi canggih,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFGVhasilMSMuntung bersih
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In