• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih TM Melonjak Kepada RM538.19 Juta Bagi Suku Ketiga

in Catalyst
A A
MIDF Positif Terhadap Perjanjian Pajakan Gentian TM, Kekal Saranan ‘Beli’ Ke Atas Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan peningkatan 102.9 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM538.19 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023, daripada RM265.20 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas, disebabkan kesan cukai yang rendah dan pengurangan kos kewangan bersih.  

Hasil berkurangan kepada RM3.08 bilion berbanding RM3.16 bilion sebelum itu, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi tempoh sembilan bulan terkumpul 2023, keuntungan bersih kumpulan melonjak kepada RM1.44 bilion daripada RM983.11 juta tahun lepas, manakala hasil turun sedikit kepada RM9.13 bilion berbanding RM9.14 bilion sebelumnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam satu kenyataan kepada bursa itu, TM berkata prestasi kukuh dalam dua barisan perniagaannya, Unifi dan TM Global memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ini.

“Langganan jalur lebar tetap Unifi meningkat 4.6 peratus, mencecah 3.12 juta, manakala hasil TM Global meningkat disebabkan permintaan yang meningkat untuk kedua-dua perkhidmatan data domestik dan antarabangsa,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Amar Huzaimi Md Deris berkata komitmen kumpulan untuk memajukan perkhidmatan penumpuan quad-play (gabungan perkhidmatan akses Internet jalur lebar, televisyen dan telefon dengan pembekalan perkhidmatan tanpa wayar), ditambah dengan pengenalan pakej yang menarik dan kompetitif, membolehkannya mengekalkan dan mengembangkan pangkalan pelanggan, mengukuhkan portfolionya.

“Usaha berterusan kami untuk meningkatkan liputan mudah alih di seluruh negara sejajar dengan dedikasi kami terhadap keterangkuman, merapatkan jurang digital dan memupuk penerimaan digital yang meluas.

“Serentak dengan itu, pengembangan agresif data dan infrastruktur rangkaian bersedia memenuhi permintaan pasaran domestik kami yang semakin meningkat dan menarik lebih ramai pemain antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata ini merupakan langkah yang penting dalam meletakkan Malaysia sebagai hab digital di rantau ini, sekali gus dapat menyumbang secara signifikan kepada penciptaan ekonomi digital yang terhubung secara global.

Menurut Amar Huzaimi TM menyokong Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 yang dilancarkan baru-baru ini dan berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang teknologi sambil memacu inovasi untuk negara dan sektor ekonomi utama.

“Ringkasnya, inisiatif ini menggariskan matlamat kami untuk memupuk pendigitalan dan teknologi pesat membangun.

“Pendekatan komprehensif kami mencerminkan kedudukan TM sebagai pelopor dalam landskap yang sentiasa berkembang, dengan fokus yang jelas untuk memacu perubahan positif dan membentuk masa depan ketersambungan digital,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Keputusankeuntungan bersihsuku ketigaTMTM GlobalUnifi
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In