• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, disokong kegiatan memburu saham berharga murah selain mengambil petunjuk prestasi pasaran serantau lain.

Pada 9.33 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.83 mata kepada 1,455.12 daripada penutupan semalam pada 1,453.29.

Indeks dibuka 2.49 mata lebih baik pada 1,455.78.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 265 berbalas 226, manakala 320 kaunter tidak berubah, 1,591 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 572.35 juta unit bernilai RM317.79 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup untuk sambutan Hari Kesyukuran, manakala pasaran serantau utama ditutup kebanyakannya lebih tinggi semalam dengan keuntungan kukuh di China dan Hong Kong disebabkan pembelian lewat.

“Namun begitu, kami masih mengambil sikap berhati-hati,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank, CIMB dan Petronas Chemicals semuanya menokok satu sen kepada RM9.10, RM5.75 dan RM7.17, manakala Public Bank dan Tenaga susut dua sen masing-masing kepada RM4.25 dan RM10.

Bagi saham aktif, Hong Seng naik setengah sen kepada tiga sen, Ho Wah Genting menambah dua sen kepada 24.5 sen, Top Glove dan Leform tidak berubah, masing-masing pada 88.5 sen dan 28.5 sen, manakala Careplus turun setengah sen kepada 31.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 9.49 mata kepada 10,782.60, Indeks FBMT 100 peroleh 10.60 mata menjadi 10,444.78 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 2.12 mata kepada 10,962.53.

Indeks FBM 70 menambah 3.54 mata untuk mencatatkan paras 14,373.66 tetapi Indeks FBM ACE kerugian 25.26 mata kepada 5,176.90.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 11.79 mata kepada 16,395.03, Indeks Tenaga susut 2.61 mata kepada 843.06, Indeks Perladangan meraih 8.79 mata pada 6,956.26 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.04 mata kepada 173.30.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIpembukaanThong Pak LengWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In