• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Kerjaya Prospek Naik Kepada RM35.57 Juta

in Catalyst
A A
Kerjaya Prospek Peroleh Kontrak Bernilai RM226 Juta Daripada Aspen Vision
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Kerjaya Prospek Group Bhd naik kepada RM35.57 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 berbanding RM28.81 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

Perolehan berkembang kepada RM362.23 juta daripada RM259.40 juta disebabkan kemajuan yang lebih baik dalam aktiviti kerja pembinaan.

“Dalam segmen pembangunan hartanah, projek The Vue @ Monterez di Shah Alam telah menyumbang secara positif kepada keputusan kumpulan,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengerusi bukan eksekutif bukan bebas Datuk Tee Eng Ho berkata kunci kira-kira kumpulan kekal sihat dengan tunai bersih RM204.2 juta serta nisbah semasa 3.8 kali pada 30 Sept 2023.

Syarikat pembinaan itu telah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat ketiga sebanyak 2.0 sen sesaham untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023, yang akan dibayar menjelang 12 Jan 2024, dengan jumlah dividen diisytiharkan setakat ini untuk tahun kewangan semasa pada 6.0 sen sesaham.

Tee juga berkata kumpulan itu menyasarkan untuk mencapai sejumlah RM1.5 bilion dalam perolehan kontrak pada tahun depan dan optimis mampu melepasi sasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kerjaya Prospek Tee Eng Tiong ketika mengulas lanjut mengenai prestasi kumpulan memberitahu kumpulan itu mempunyai keyakinan terhadap keupayaan, rekod prestasi serta kepakarannya dalam terus melaksanakan projek yang sedang berjalan dan akhirnya akan melonjakkan margin serta pendapatan walaupun berhadapan dengan cabaran kecil akibat kenaikan harga simen.

Dari tahun hingga tarikh, KPBG telah mencapai nilai penambahan kontrak sebanyak RM1.6 bilion, termasuk kejayaan terbaharu bernilai RM104.7 juta yang dipeoleh daripada Persada Mentari Sdn Bhd bagi pembangunan rumah berkembar dan teres di Pulau Pinang.

“Mengenai cabang pembangunan hartanah kami, kami akan melancarkan projek pembangunan baharu, Papyrus @ North Kiara menjelang suku pertama 2024, yang akan terus menyumbang secara positif kepada kumpulan,” katanya semasa taklimat keputusan kewangan suku ketika 2023 hari ini. 

Nilai tempahan dalam tangan tertunggak semasa kumpulan itu berada pada RM4.7 bilion setakat September 2023.

“Dengan peningkatan sektor pembinaan dalam negeri yang disokong oleh perbelanjaan fiskal kerajaan yang mengembang termasuk kemajuan selanjutnya dalam projek sektor swasta, kami optimis dengan berhati-hati bahawa Kerjaya berkemungkinan memperoleh lebih banyak peluang pembinaan dalam masa terdekat,” katanya. 

Beliau menambah kestabilan politik selepas pilihan raya negeri mungkin menarik lebih banyak pelaburan langsung asing yang boleh diterjemahkan kepada lebih banyak peluang pekerjaan pembinaan.

— BERNAMA

Tags: KeputusanKerjaya Prospekpembinaan
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In