• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih MR D.I.Y Naik Kepada RM123.95 Juta Pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — MR D.I.Y. Group (M) Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM123.95 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 daripada RM101.18 juta, sejajar dengan perolehan dan keuntungan bersih yang tinggi.

Peruncit perkakasan dan keperluan rumah itu berkata, perolehan meningkat kepada RM1.07 bilion berbanding RM966.17 juta, didorong terutamanya oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.

Rangkaian kedai kumpulan itu menokok 16.4 peratus tahun ke tahun bagi tempoh sama iaitu daripada 1,038 kedai kepada 1,208 kedai, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sehubungan itu, jumlah transaksi meningkat sebanyak 16.3 peratus tahun ke tahun daripada 35.8 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2022 kepada 41.6 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023. 

Bagaimanapun, keadaan ini sebahagiannya diimbangi oleh purata jumlah produk yang dibeli dalam satu pembelian yang lebih rendah, dengan penurunan 5.1 peratus tahun ke tahun terutamanya disebabkan sentimen lemah dalam kalangan pengguna.

Sementara itu, keuntungan kasar menokok sebanyak 20.9 peratus tahun ke tahun kepada RM479.5 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan itu, keuntungan bersih naik kepada RM402.04 juta berbanding RM336.87 juta berikutan perolehan tinggi berjumlah RM3.21 bilion daripada RM2.92 bilion. 

Kumpulan itu telah mengumumkan dividen interim satu peringkat sebanyak 0.8 sen sesaham berjumlah kira-kira RM75.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Adrian Ong dalam kenyataan berasingan berkata, secara keseluruhannya, prestasi suku ketiga tahun kewangan 2023 mencapai jangkaan kumpulan, dengan mencatat perolehan tahun ke tahun dan pertumbuhan pendapatan bersih.

Keadaan ini mencerminkan daya tahan perniagaan itu, terutamanya ketika persekitaran peningkatan inflasi dan kadar faedah yang berterusan sehingga menjejaskan pendapatan boleh guna isi rumah dan sentimen pengguna, selain ketiadaan sebarang perayaan pada suku berkenaan.

Beliau berkata penambahan premis kumpulan itu bagi tahun kewangan 2023 sebahagian besarnya berada di landasan, untuk membuka sekurang-kurangnya 57 kedai melibatkan ketiga-tiga jenamanya pada suku keempat tahun kewangan 2023.

“Kumpulan juga berkongsi pelan pertumbuhan lima tahun dan sasaran pembukaan kedai sebanyak 2,000 menjelang tahun kewangan 2028 membabitkan jenama utamanya, dengan keutamaan kepada jenama MR DIY,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: kedaikeuntungan kasarMR D.I.Y
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In