• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

UEM Sunrise Jual Tanah 46.9 Hektar JB Pada Harga RM146.1 Juta

in Saham
A A
Jualan UEM Sunrise Cecah RM1.46 Bilion, Lepasi Sasaran 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — UEM Sunrise Bhd, melalui tiga anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, telah menjual 46.9 hektar tanah pegangan bebas di Johor Bahru kepada Paragon Globe Bhd pada harga RM146.1 juta.

 Pemaju hartanah itu berkata anak syarikat itu adalah Nusajaya Rise Sdn Bhd, Symphony Hills Sdn Bhd dan Nusajaya Heights Sdn Bhd, secara kolektif memeterai lapan perjanjian jual beli (SPA) dengan unit milik penuh Paragon Globe iaitu PGB Landmark Sdn Bhd hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah melalui satu kenyataan berkata tumpuan segera syarikat itu di Johor adalah mengaktifkan lebih banyak projek pembangunan kediaman.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Penjualan ini akan membolehkan kami mengewangkan beberapa bank tanah kami di Johor sambil memanfaatkan aktiviti ekonomi yang akan diwujudkan daripada cadangan pembangunan perindustrian oleh PGB Landmark untuk meningkatkan permintaan bagi pembangunan kediaman yang dirancang di sekitar kawasan tanah itu, ” katanya.

UEM Sunrise berkata Nusajaya Rise dan Symphony Hills secara kolektif telah menandatangani lima SPA dengan Landmark PGB bagi pelupusan seluas 19.52 hektar di Tanjung Kupang.

Nusajaya Rise turut memeterai dua SPA dengan PGB Landmark untuk melupuskan 26.42 hektar di Tanjung Kupang.

Sementara itu, Nusajaya Heights telah menandatangani perjanjian dengan PGB Landmark untuk pelupusan tanah berkeluasan 0.96 hektar di Pulai.

UEM Sunrise berkata, penjualan tanah itu adalah selaras dengan pelan pemulihan strategik tiga fasanya iaitu “triage, stabilize and sustain” terutama di bawah fasa pertama, ia akan mengubah syarikat menjadi pemain hartanah yang seimbang dengan matlamat segera untuk mengukuhkan prestasi kewangan melalui, antaranya, pengewangan tanah bukan strategik.

— BERNAMA

Tags: Paragon GlobepelupusanSPAUEM Sunrise
Share252ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In