• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjelang Pengumuman KDNK Suku Ketiga

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Hari Kedua Berturut-Turut
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan penyusutan pada Jumaat menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2023 seiring dengan petunjuk pasaran yang lemah daripada Wall Street.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 4.33 mata kepada 1,460.35 daripada 1,464.68 pada Khamis.

Indeks itu dibuka rendah 3.09 mata kepada 1,461.59.

Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 170 berbanding 107 manakala 237 kaunter tidak berubah, 1,876 tidak diniagakan selain 24 kaunter yang digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 331.67 juta unit bernilai RM65.39 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman ditutup bercampur-campur berikutan kenaikan baru-baru ini apabila pelabur menilai semula data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang tidak begitu memberangsangkan antaranya peningkatan tuntutan pengangguran dan output perindustrian yang lebih rendah daripada jangkaan.

“Peniaga bimbang sekiranya harga saham mungkin mengatasi yang utama. Oleh itu, ketika Purata  Indeks Dow Jones menguncup 46 mata, Nasdaq ditutup meningkat hampir 10 mata memandangkan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun menyusut sehingga kepada 4.441 peratus.

“Selain itu, Indeks Hang Seng merosot hampir 250 mata berikutan peniaga tidak terdorong dengan pertemuan Presiden AS Joe Biden dan rakan sejawatannya dari China Xi Jinping,” katanya. 

Di dalam negara, Thong berpendapat bahawa bursa tempatan akan diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat, sekali gus mengunjurkan indeks itu dalam jajaran 1,460-1,470.

Seorang lagi penganalisis berkata pelabur turut memantau pengumuman KDNK Malaysia hari ini, dengan pakar ekonomi mengunjurkan pertumbuhan 3.2 – 3.3 peratus berbanding 2.9 peratus pada suku sebelumnya.

Bagi saham wajaran tinggi, Public Bank dan Axiata masing-masing turun dua sen kepada RM4.22 dan RM2.43.

IOI dan Tenaga Nasional masing-masing menguncup lima sen kepada RM3.97dan RM9.94, manakala Maybank meraih satu sen kepada RM9.15.

Dalam kalangan saham aktif, Hong Seng susut setengah sen kepada 3.5 sen, Mercury Securities meningkat setengah sen kepada 34.5 sen dan Unique Fire naik 2.5 sen kepada 26.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 25.87 mata kepada 10,802.43, Indeks FBMT 100 turun 26.07 mata kepada 10,464.88 dan Indeks FBM Emas susut 28.51 mata kepada 11,004.89.

Indeks FBM ACE menguncup 4.12 mata kepada 5,114.69 dan Indeks FBM 70 berkurangan 13.99 mata kepada 14,325.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 23.41 mata kepada 16,410.03, Indeks Tenaga turun 3.30 mata kepada 858.64, Indeks Perladangan rendah 5.75 mata kepada 7,001.16 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.02 mata kepada 174.42.

— BERNAMA 

TAG: FBM KLCI, buka, Wall Street, tuntutan pengangguran

Tags: bukaFBM KLCItuntutan pengangguranWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In