• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga Amway Meningkat Kepada RM46.21 Juta

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Ketiga Amway Meningkat Kepada RM46.21 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Amway (Malaysia) Holdings Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 meningkat kepada RM46.21 juta daripada RM18.75 juta yang dicatatkan suku yang sama tahun kewangan 2022.

Bagaimanapun, perolehan bagi suku yang dinilai susut kepada RM333.47 juta daripada RM371.79 juta bagi tempoh yang sama.

“Perolehan syarikat bagi suku ini turun sebanyak 10.3 peratus disebabkan permintaan lembap dalam produk kesihatan dan kesejahteraan serta peralatan rumah,” menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu.

Dalam tempoh sembilan bulan 2023, keuntungan bersih meningkat kepada RM83.52 juta daripada RM53.90 juta yang dicatatkan dalam masa sembilan bulan 2022 manakala perolehan susut kepada RM1.05 bilion daripada RM1.12 bilion.

Menurut Amway pihaknya mencatatkan penurunan perolehan pada sembilan bulan 2023 berbanding tempoh yang sama 2022 berikutan tekanan inflasi yang berterusan sekali gus memberi kesan ketara terhadap sentimen pengguna dan kapasiti perbelanjaan, serta peralihan corak perbelanjaan pengguna selepas pandemik COVID-19.

“Bagaimanapun, syarikat menjangkakan peningkatan keuntungan bagi setahun penuh 2023 namun kenaikan ini dijangka menjadi kurang ketara apabila dibandingkan angka bagi tempoh sembilan bulan,” jelasnya.

Dalam kenyataan berasingan, Amway memaklumkan syarikat telah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat ketiga sebanyak lima sen bersih sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.

“Dividen interim satu peringkat ketiga akan dibayar pada 15 Dis, 2023 kepada pemegang saham yang namanya tercatat dalam rekod pendeposit pada 1 Dis, 2023,” tambahnya.

— BERNAMA

TAG: Amway, prestasi, kewangan, suku ketiga, 2023, Bursa Malaysia

Tags: 2023Amwaykewanganprestasisuku ketiga
Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In