• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga Kossan Naik RM40.97 Juta

in Catalyst
A A
Firma Penyelidikan Positif Dengan Masa Depan Kossan Rubber

Kredit gambar: Bernama

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Kossan Rubber Industries Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 (S3 2023) meningkat kepada RM40.97 juta daripada RM23.26 juta pada suku yang sama tahun lepas disebabkan keuntungan yang lebih tinggi daripada bahagian sarung tangan dan produk getah teknikal (TRP).

Hasil, bagaimanapun merosot kepada RM403.48 juta daripada RM560.52 juta disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada semua bahagian, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kossan berkata bahagian sarung tangan merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM31.21 juta pada S3 2023 berbanding RM1.00 juta pada suku yang sama tahun lalu berikutan pengurusan kawalan kos yang lebih baik dan kos bahan mentah yang lebih rendah pada suku dalam tinjauan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“PBT bagi TRP meningkat 94.7 peratus kepada RM10.98 juta pada S3 2023 berbanding RM5.64 juta pada S3 2022 disebabkan oleh margin produk infrastruktur yang lebih tinggi,” katanya.

Kossan berkata bagi sembilan bulan kumulatif 2023, keuntungan bersih kumpulan merosot kepada RM13.42 juta daripada RM159.36 juta tahun lepas, manakala hasil susut kepada RM1.19 bilion daripada RM1.83 bilion sebelumnya disebabkan penurunan hasil daripada semua bahagian.

Kumpulan itu berkata bahagian TRP dijangka mencapai prestasi yang memuaskan pada tahun kewangan 2023, didorong oleh jangkaan peningkatan beransur-ansur dalam aktiviti ekonomi global dan perbelanjaan infrastruktur, khususnya yang memanfaatkan segmen infrastruktur dan automotif.

Sementara itu, Kossan berkata walaupun terdapat tanda-tanda kestabilan, ketidakseimbangan bekalan-permintaan yang berterusan terus menjejaskan sektor sarung tangan, dan dijangkakan persekitaran operasi yang mencabar ini berterusan sepanjang baki suku tahun 2023.

“Walaupun menghadapi cabaran dalam pasaran semasa, tinjauan jangka panjang untuk permintaan sarung tangan kekal positif, didorong oleh standard yang semakin ketat dan kesedaran yang tinggi terhadap kebersihan dalam sektor perubatan dan perindustrian,” katanya.

— BERNAMA

Tags: KeputusanKossan RubberS3 2023sarung tanganTRP
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In