• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Panda Eco System Berhad

in Saham
A A
10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO Panda Eco System Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Panda ini bukan sebarang panda dan juga bukan FoodPanda. IPO terbaharu yang bakal ditawarkan kepada pelabur awam untuk permohonan adalah Panda Eco System Berhad.

Gambar: The Star

Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, moto Panda adalah “Your Gateway to Modern Retailing” yang membawa maksud pintu gerbang ke peruncitan moden. Di sini kita dapat mengagak bahawa Panda menyediakan pelbagai solusi untuk memodenkan perniagaan peruncitan kedai pasar raya.

Sebelum anda memohon IPO Panda Eco System Berhad, berikut merupakan 10 info penting anda perlu tahu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

1. Perniagaan Yang Dijalankan

Panda Eco System Berhad mempunyai kepakaran dalam menyediakan penyelesaian pengurusan runcit yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan operasi kedai rangkaian runcit. Selain itu, mereka terlibat dalam perdagangan perisian pihak ketiga, perdagangan perkakasan teknologi maklumat serta penyesuaian perisian, pelaksanaan dan penyepaduan kawalan proses dan penyelesaian automasi.

Model perniagaan kumpulan syarikat dapat digambarkan seperti berikut. Model pendapatannya terbahagi kepada dua iaitu secara one-off (sekali) dan recurring (berulang).

Sumber: Prospektus
Sumber: Panda Eco

Ibu pejabat Panda Eco System terletak di Melaka. Untuk memastikan kecekapan servis yang terbaik dapat diberikan kepada pelanggan, syarikat ini telah menubuhkan 4 buah hub servis di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

2. Pengasas

Entiti ini bermula pada tahun 2003 setelah diasaskan oleh dua orang individu di Melaka yang berkongsi visi dan mempunyai minat yang sama untuk membangunkan ekosistem peruncitan yang berpotensi memacu pertumbuhan pendapatan untuk peruncit.

Pengasasnya adalah Ketua Pegawai Eksekutif Encik Loo Chee Wee dan Ketua Pegawai Teknologi Encik Tay Kheng Seng. Mereka menubuhkan KC Software House untuk menyediakan solusi penyelesaian peruncitan kepada peruncit.

Perkongsian itu kemudiannya diubah menjadi sebuah syarikat sendirian berhad bernama Panda Software House Sdn Bhd pada tahun 2010 di mana “Panda” secara rasmi diterima pakai sebagai jenama produk syarikat itu.

3. Tarikh-Tarikh Penting

Sumber: Prospektus

Jangan terlepas tarikh-tarikh penting di atas. Ya betul, anda boleh memohon IPO ini bermula sekarang sehingga 15 November 2023. Cabutan undian pula akan dilakukan pada 17 November 2023. 

Sekiranya berjaya mendapat IPO ini, IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS bermula 24 November 2023. Tarikh yang ditunggu-tunggu pula adalah 27 November 2023 iaitu tarikh penyenaraiannya.

Tidak mustahil untuk saya rasakan bahawa IPO ini akan mendapat sambutan yang tinggi kerana harganya yang murah.

4. Dana Bakal Digunakan Untuk Apa

Seperti kesemua IPO yang lain juga, bahagian paling penting dalam prospektus adalah pelabur ingin tahu dana IPO tersebut akan digunakan untuk tujuan apa.

Sumber: Prospektus

Jika dilihat pada dana yang bakal diraih daripada IPO sebenarnya tidaklah begitu banyak hanya RM17.5 juta sahaja.

Dana-dana tersebut bakal digunakan untuk kajian & penyelidikan, mengembangkan perniagaan, meluaskan jabatan CTS, meluaskan ibu pejabat, modal kerja dan kos penyenaraian. 

Tiada dana tersebut akan digunakan untuk membayar hutang. Adakah ini juga boleh menjadi satu perkara yang positif bagi IPO ini?

5. Pendapatan Syarikat

Sumber: Prospektus

Jika dilihat kepada pendapatan Panda Eco System, pendapatan serta keuntungan selepas cukai mereka agak konsisten sejak 2019 sehingga 2022. 

Sumber: Prospektus

Berdasarkan analisis pendapatan mengikut segmen pelanggan, kedai runcit menyumbang kepada majoriti pendapatan syarikat.

6. Market Share

Perkara yang menarik mengenai Panda adalah terdapat banyak syarikat peruncitan yang menggunakan servis Panda Eco System Berhad. Berdasarkan laman syarikat Panda, terdapat sekurang-kurangnya 80 syarikat peruncitan yang menjadi pelanggannya.

7. Strategi Perniagaan

Sasaran bisnes syarikat adalah untuk mengekalkan kemapanan pertumbuhan dan mencipta nilai jangka masa panjang dengan para pemegang saham.

Untuk memastikan ianya tercapai, beberapa strategi bakal dilaksanakan dalam tempoh 36 bulan iaitu:

  • Berhasrat untuk membangunkan modul penyelesaian yang mempunyai akses kepada internet di bawah pengurusan ibu pejabat
  • Mengembangkan tenaga kerja dan kemudahan operasi untuk memudahkan pengembangan perniagaan di Malaysia
  • Merancang untuk meluaskan jejak geografi syarikat secara serantau di negara lain di rantau ASEAN seperti Indonesia dan Filipina.

8. Risiko

Sebelum anda memohon IPO ini, adalah penting untuk anda mengetahui risiko-risiko yang ada. Berdasarkan prospektus, terdapat 7 risiko yang dirumuskan seperti:

  1. Bergantung sepenuhnya terhadap pengarah eksekutif dan beberapa individu penting daripada barisan pengurusan. Ini bermakna sekiranya syarikat kehilangan mana-mana individu penting ini, ia boleh memberi impak terhadap persaingan syarikat, perniagaan dan operasi syarikat.
  2. Bergantung terhadap individu berkemahiran tinggi dalam syarikat.
  3. Prestasi kewangan masa hadapan bergantung kepada kemampuan syarikat mendapatkan tempahan kerja baru daripada pelanggan baru serta sedia ada.
  4. Faktor di luar kawalan seperti perubahan ekonomi dan keadaan politik boleh menjejaskan syarikat meneruskan strategi perniagaan
  5. Terdedah kepada data luaran dan pelanggaran keselamatan siber.
  6. Terdapat kebarangkalian untuk syarikat tidak dapat melindungi hak pemilikan terhadap sistem pengurusan runcit dan/atau tidak sengaja melanggar hak pemilikan perisian pihak ketiga.
  7. Perlindungan insurans syarikat mungkin tidak mencukupi untuk menampung kerugian dan/atau liabiliti yang mungkin timbul semasa operasi perniagaan.

Polisi Dividen

Sumber: Prospektus

Berdasarkan prospektus, pihak syarikat belum memutuskan sebarang polisi dividen. Sebarang keputusan pemberian dividen di masa hadapan akan bergantung kepada banyak faktor. 

Walaubagaimanapun, sebarang dividen yang bakal diagihkan bergantung kepada persetujuan para pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan.

Sejak tahun kewangan 2019 sehingga 2022, Panda Eco System membayar dividen yang agak tinggi kepada para pemegang saham anak syarikat. 

10. Status Syariah

Sumber: Prospektus

Status syariah IPO Panda Eco System Berhad telah diluluskan oleh SAC (Shariah Advisory Council) ataupun badan penasihat syariah Malaysia. Jadi tiada ragu-ragu untuk memohon IPO ini.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaIPOPanda ECO
Share607ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In